Team Jerman Teruskan Perjuangan Menentang Seksualisasi & Pakai Seragam Menutup Badan Penuh

Sebelum ini Sarah Voss telah mencetuskan kontroversi di mata penganjur acara gimnastik apabila dia memutuskan untuk memakai persalinan / unitard menutup badan sepenuhnya dalam acara tersebut.

Tindakan Voss itu kemudian mendapat sokongan daripada beberapa rakannya yang kemudian mengikut jejak langkah Voss. Rakannya yang lain, walaupun tidak berpakaian menutup penuh, namun mereka tetap menyokong pilihan Voss yang merasa tak selesa tampil terlalu terdedah kepada umum.

Seterusnya, jurulatih dan Persatuan giminastik Jerman juga menyatakan sokongan kepada Voss.

Terbaru, dalam temasya Olimpik Tokyo, pasukan Gimnastik Jerman meneruskan perjuangan tersebut dengan memakai seragam menutup badan sepenuhnya ketika sesi latihan di Tokyo.

Mereka memberitahu, tindakan itu adalah untuk melawan seksualisasi ke atas atlet wanita di dalam sukan. Mereka turut menganggap wanita telah lama menjadi mangsa seksisme dalam sukan terutama sekali dari segi pakaian.

Pada 22 Julai lalu, Sarah Voss menunjukkan bodysuit yang akan mereka pakai dalam olimpik kali ini.

Rakan sepasukan Voss, Elizabeth Seitz berkata: “Kami mahu menunjukkan kepada dunia bahawa semua wanita, semua orang, merekalah yang patut menentukan apa yang mereka mahu pakai.”

Menurut BBC, pada April lalu, German Gymnastics Federation menyokong kempen atlet mereka yang menentang seksualisasi dalam gimnastik — ketika atlet mereka memutuskan untuk memakai persalinan menutup badan penuh.

Tindakan itu juga simbolik kepada banyak insiden gangguan seksual ke atas ramai atlet gimnastik. Paling popular, melibatkan doktor pasukan AS, Larry Nassar yang dijatuhi hukuman penjara selama 175 tahun selepas mencabul ramai atlet gimnas wanita berdekad lamanya.

Sebenarnya, memakai seragam atau unitard yang menutup badan penuh ini tidak salah dari segi peraturan, cuma ianya bukan amalan biasa dalam sukan gimnastik.

Namun beberapa tokoh memberitahu realitinya, ada sesetengan juri akan memotong markah peserta kerana melanggar amalam biasa ini.

Tetapi atlet atle Jerman ini mahu melawan perkara tersebut dan menyatakan mereka mahu memperjuangkan ekualiti dari segenap sudut termasuk layanan juri atau pengadil ke atas atlet yang memakai unitard yang berbeza.

Voss berkata kepada BBC pada April lalu, dia lebih rela menjadi role model berbanding memikirkan kemenangan: “Saya lebih rela menjadi role model kepada gimnas muda yang selalu merasa kekok dalam banyak situasi. Dan saya mahu pemilihan leotard ini adalah sepenuhnya menjadi hak atlet.”

Ramai yang memuji tindakan Voss dan rakan rakannya itu yang dianggap tegas dan berprinsip serta membawa mesej yang kuat.

Pengarah Eksekutif Jabatan Pengajian Sukan Dan Perubahan Sosial di Universiti San Jose, Akilah Carter-Francique, menyatakan tindakan Voss dan rakan rakannya ini lebih daripada sekadar isu pemakaian. Tetapi ianya tentang ekuiti dan inklusi.

“Ini bukan sekadar isu uniform mereka, ini tentang usaha mewujudkan ekuiti, inklusi dan ruang selesa untuk gadis gadis muda ini yang membesar menjadi wanita dewasa. Mereka berterusan menggunakan sukan sebagai medan memperkasakan perjuangan ini.”

“Apa yang paling penting, gadis gadis ini diberikan kebebasan untuk tampil sepenuhnya sebagai diri mereka sendiri dan tidak begitu terikat dengan rupa mereka ataupun menjadi objek ketika bertanding.”

Perjuangan Voss di medan Olimpik ini sebenarnya adalah sangat tepat. Ini kerana Olimpik sebelum ini telah menunjukkan beberapa siri diplomasi yang lebih bagus daripada kejohanan lain seperti terbuka Eropah dan kejohanan dunia.

Pada 2016, atlet lawan pedang, Ibtihaj Muhammad meraikan detik sebagai atlet yang mewakili AS pertama yang memakai hijab.

Beberapa tahun lalu, sukan bola tampar pantai sudah menukar polisi mereka dari segi etika berpakaian. Di mana wanita diberikan kebebasan untuk memakai pakaian yang mereka selesa selain daripada bikini kecil itu.

Carter-Francique menyatakan sokongan beliau ke atas perjuangan atlet Jerman ini. Kerana dia sendiri pernah merasai rasa tak selesa berpakaian terlalu terdedah di atas padang ketika menjadi atlet.

“Saya bekas atlet lari berpagar dan lompat jauh. Itu acara sangat dinamik macam gimnastik. Ianya memerlukan badan kamu bertindak kepada banyak arah.

“Walaupun kamu mahu tampil dengan pakaian yang menarik, itu tak bermaksud kamu mahu memakai pakaian terdadah. Tampil menarik juga boleh dengan memakai pakaian yang menutup bahagian badan kamu yang kamu tak selesa ia menjadi tontonan umum.”

Langkah ini juga akan dapat menarik lebih ramai atlet berbakat untuk menyertai sukan yang mereka gemari. Kerana ada sesetengah atlet terpaksa melupakan sukan tersebut pada usia awal kerana tak selesa dengan cara pemakaiannya.

Skandal gila seks dan penyalahgunaan dadah Larry Nassar

Kes Larry Nassar menjadi skandal terbesar dalam gimnastik. Di mana Nassar dijatuhi hukuman penjara 40 hingga 175 tahun di Ingham County atas tujuh tuduhan serangan seksual dan 40 hingga 125 tahun di Eaton County atas tiga tuduhan serangan seksual yang dikaitkan dengan Twistars.

Dia sudah diarahkan menjalani hukuman persekutuan 60 tahun kerana memiliki 37,000 gambar pornografi kanak-kanak

Kecoh dunia sukan dengan pengakuan 160 atlet gimnastik AS melaporkan diri mereka dicabul oleh Nassar.

Hakim telah menolak permohonan maaf oleh Larry Nassar. Nassar berkata keputusan itu terlalu berat dan dia akan hidup dalam kegelapan untuk seumur hidup.

Nassar mengakui bersalah dalam 10 kesalahan serangan seksual ke atas waninta dari pelbagai usia termasuk gadis belasan tahun termasuk atlet olimpik.

Sebelum ini, Larry Nassar sudah pun dijatuhi hukuman 60 tahun penjara kerana kaitan dia dengan pornografi kanak-kanak. Di AS, Larry Nassar digelar Sex Monster/Predator oleh mangsa dan media.

Hakim Rosemarie Aquilina dengan wajah tegas berkata: “Saya baru sahaja menandatangani waran mati anda.”

“Saya berbesar hati mendengar adik-beradik itu terlepas daripada pedofil, dan saya turut berbesar hati untuk mengumumkan perintah hukuman kepada kamu.”

“Sebabnya tuan, anda tidak layak lagi untuk berjalan di luar penjara lagi selepas ini untuk seumur hidup anda.”

Rosemarie kemudian mengakhiri kata-kata beliau dengan berkata:

“Anda masih belum menerima balasan di atas perbuatan anda. Dan saya tidak akan pernah menghantar anjing saya sekalipun berjumpa kamu.”

Perbicaaran itu telah melibatkan ramai saksi dan mangsa yang tampil. 156 mangsa menceritakan detik hitam berhadapan dengan sikap gila seks Nassar. Setiap mangsa Nassar dibenarkan bercakap di mahkamah.

7 hari sesi testimoni berlangsung. Nassar kemudian menyatakan yang dia berasa kesal, malu dan hampir pitam mendengar hukuman serta cerita mangsanya.

Nassar berkata di mahkamah:

“Apa yang saya rasa sekarang, saya rasa nak pitam, saya rasai kesakitan, trauma dan kehancuran emosi di atas semua yang kamu semua lalui.”

“Tiada kata-kata lagi saya mampu gambarkan, dari hati saya yang paling dalam, saya nak anda semua tahu betapa menyesalnya saya dan mahu meminta maaf di atas apa yang terjadi.”

Dalam 7 hari sesi pendengaran di mahkamah, mangsa dari kem gimnastik AS menceritakan modus operandi Larry Nassar. Nassar akan mengambil kesempatan ke atas atlet yang tercedera dan perlu menjalani rawatan susulan.

Antara yang tampil adalah Aly Raisman yang turut pernah menjadi mangsa. Gimnas kebangsaan AS ini tampil dengan berani untuk menyokong mangsa lain. Aly Raisman sendiri tampil memberikan kenyataan. Keberanian Raisman dipuji.

Raisman antara sebab kes ini mendapat perhatian lebih ramai pihak berbanding sebelum ini.

Di dalam kesakitan mereka, Nassar akan mencabul mereka dan mengambil kesempatan atas nama prosedur perubatan.

Ketika di mahkamah, mangsa-mangsa Larry Nassar memandang dia dengan penuh kebencian dan marah. Ramai mangsa Larry yang mengalami trauma teruk dan kemurungan kerana memendam apa yang pernah berlaku.

Sebelum ini, Nassar mendakwa gadis-gadis itu hanyalah menipu dan cuba mengambil kesempatan untuk mendapat perhatian dan wang saman. Nassar ketika itu berkata kepada mahkamah:

“Saya seorang doktor yang baik kerana hasil perubatan saya berkesan dan semua bekas pesakit itulah yang selalu datang kepada saya dahulu mengucapkan terima kasih dan memuji rawatan saya.”

Namun kemudiannya, semakin ramai tampil mendakwa Nassar memang seorang iblis yang bertopengkan manusia. Selepas hukman dibacakan, mangsa Larry Nassar bertepuk tangan berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan kepada dia.

MSU Seperti ‘Merestui’ Perbuatan Nassar

Pada 2014, Larry Nassar digantung 3 bulan daripada tugasan di Michigan State University (MSU) kerana siasatan kes cabul oleh Nassar dalam siasatan.

Namun Nassar terus melakukan tugasan dia dengan bertemu pesakit dia di luar premis kerja. Akhirnya pada 2016, akhbar Indianapolis Star melaporkan tentang salah laku itu.

Dia mempertahankan dirinya dengan alasan orang cuba menjatuhkan reputasinya.

Pada tahun 2017, Larry Nassar ditangkap oleh pihak berkuasa kerana mencabul kanak-kanak. Dan tidak lama selepas itu, Larry Nassar dijatuhkan hukuman penjara oleh hakim kerana menyimpan gambar kanak-kanak yang dicabulnya di dalam komputer peribadinya.

Rachael Denhollander, mangsa pertama yang tampil membongkar perangai iblis Nassar telah mengutuk MSU kerana tidak tegas dalam hal itu. Rachael dicabul Nassar ketika berusia 15 tahun. Rachael berkata:

“Tiada siapa nak dengar kerana mereka (MSU) tak nak mendengarnya walaupun sudah beberapa orang mangsa mengadu kepada MSU.”

“Magsa di’diam’kan, dipengaruhi, diberitahu mereka sedang menerima rawatan dan terus berjumpa dengan dia untuk dicabul.”

“Ini adalah contoh di mana satu institusi mencipta budaya membenarkan ‘predator’ terus bermaharajalela.”

“Saya mengalami trauma teruk dan mengambil rawatan untuknya sampailah saya sudah ada 3 orang anak sekarang.”

Ibu bapa mangsa ramai yang menitiskan air mata mendengarkan pengakuan mangsa yang terdiri daripada anak-anak mereka.

Selepas kritikan demi kritikan diterima ke atas MSU, Presiden mereka, Lou Anna Simon telah meletak jawatan. Selepas ini MSU akan berhadapan dengan siasatan badan bebas mewakili US Olympic Committee (USOC) dan ia sudah diluluskan pihak berkuasa.

BACA JUGA: Atlet Wanita Norway Didenda Kerana Tak Nak Pakai Seluar Bikini Sebab Terlalu Seksi

Dalam satu berita yang gila, pasukan bola baling pantai wanita Norway dikenakan tindakan oleh Persatuan Bola Baling Eropah kerana tidak mahu memakai seluar bikini (seluar dalam kecik tu) ketika beraksi.

Pasukan tersebut memakai seluar pendek untuk keselesaan mereka. Namun telah didenda atas kesalahan: “Berpakaian tidak sepatutnya”.

Setiap pemain yang memakai seluar pendek itu dikenakan denda EUR150 setiap seorang sebagai hukuman untuk kesalahan pertama. Kesemua 10 pemain mereka dikenakan tindakan.

Persatuan Bola Baling Eropah menyatakan bahawa: “Kesemua tindakan yang diambil ini adalah demi kelangsungan publisiti sukan ini di masa akan datang. Ini termasuk penampilan atlet dengan pemakaian yang ideal untuk sukan ini, termasuk pakaian para atlet.”

Malah pasukan wanita Norway itu juga diberikan amaran untuk tidak mengulangi kesalahan mereka dan berpakaian seperti yang diminta pada aksi berdepan Sepanyol untuk perebutan pingat gangsa. Norway tewa dalam perlawanan tersebut namun mereka berkeras dan bangga memakai seluar pendek berbanding dengan hanya berseluar dalam bikini.

Dalam kenyataan bersama, mereka berkata: “Kami berbesar hati dengan perhatian daripada seluruh dunia. Kami harap perkara yang kami buat ini akan mengubah peraturan mengarut ini.”

“Ya, sudah tentu kami akan bayar sahaja denda itu,” tegas kenyataan itu yang disokong oleh Presiden Bola Baling Norway, Kare Geir Lio.

Kare Geir Lo menyatakan sokongannya kepada pasukan wanita tersebut dan berkata: “Kita di bot yang sama.”

Ini bukan kali pertama atlet wanita Eropah menentang larangan pemakaian yang mereka selesa. Di mana ramai atlet sudah tidak selesa dengan pakaian terlalu mencolok mata.

Perjuangan pasukan gimnastik Jerman diketuai Sarah Voss

Pasukan wanita Norway ini telah meneruskan kempen daripada pasukan gimnastik Jerman sebelum ini yang telah menyebabkan banyak polemik di kalangan peminat sukan di Eropah selepas mereka memutuskan untuk memakai baju menutup badan sepenuhnya dalam European Artistic Gymnastics Championships pada beberapa bulan lalu.

Bintang muda Jerman, Sarah Voss, 21, telah memakai baju yang menutup keseluruhan badannya dalam aksi kelayakan di Basel. Dua hari kemudian dua lagi rakannya mengikut jejak langkah beliau dalam aksi all round di final.

Voss menyatakan, mereka berbuat demikian kerana sudah bosan dengan sikap ramai pihak yang menjadikan atlet wanita sebagai objek tatapan seksual mereka. Lebih teruk, ada segelintir audien hanya menyaksikan gimnastik wanita kerana nak melihat atlet yang cantik dan seksi.

Ia jelas lari daripada matlamat asal sukan tersebut yang mahu mempamerkan kehebatan individu dalam setiap acara.

Voss menyeru agar lebih ramai gimnas yang tampil memberanikan diri hanya memakai pakaian yang mereka selesa sahaja. Bukannya atas kehendak pihak lain ataupun penganjur. Ada ramai atlet gimnas wanita sebenarnya tidak selesa dengan pakaian yang terlalu terdedah dan menjolok mata tu.

Sarah Voss dengan terbuka berkata: “Kami berharap selepas itu, mana mana gimnas yang tak selesa dengan pakaian yang kebiasaan kita pakai selama ini, akan berani untuk mengikut langkah kami.”

German Gymnastics Federation (DTB) memutuskan untuk menyokong tindakan Voss dan rakan rakannya dalam menentang “sexualization in gymnastics.”

Voss menambah: “Dalam sukan gimnastik, ianya sukar dan makin sukar, ketika badan kamu semakin dewasa.”

“Ketika kecil, saya tak kisah memakai baju gym yang nipis kerana ianya bukan perkara besar sangat. Namun apabila kamu sudah beranjak ke remaja, dan sudah melalui haid, itu membuatkan saya menjadi semakin tak selesa untuk memakai baju seperti itu.”

Menurut RT, sebenarnya tiada undang undang yang melaran gimnas memakai baju yang lebih tertutup. Namun cabarannya, ada sesetengah juri memotong mata gimnas tersebut dan ada penganjur meminta gimnas memakai baju lebih pendek.

Ianya realiti yang sangat pahit untuk ditelan sebenarnya.

Netizen di Eropah ramai menyokong, walaupun ramai juga yang memperlekehkan usaha Voss dan rakan rakannya yang dituduh gila publisiti. Ada juga menyindir Sarah, seperti mamat ni:

Entah dari mana dia dapat sumber menyatakan feminism dulu ajak perempuan berbogel ni. Namun yang penting ramai yang menyokong Sarah Voss. Seorang peminat menyatakan sokongan beliau kepada Voss dengan berkata: “Ianya nampak hebat!”

Seorang lagi mengucapkan tahniah kepada Voss yang tampil untuk memberanikan diri untuk memperjuangkan hak mereka berpakaian dan tampil dengan apa yang mereka selesa sahaja.

Ada seorang lagi netizen lelaki, menyatakan dia menyokong usaha Voss dengan berkata: “Syukurlah Tuhan, akhirnya ada yang bersuara tentangnya. Sebab kadangkala saya nak tengok mereka beraksi di tv, jadi kekok dan malu pula depan anak anak dan keluarga yang lain,” kata lelaki itu yang seringkali risau dituduh menggatal melihat wanita seksi, sedangkan dia memang peminat gimnastik.

Kemudian ada yang meminta agar sukan bola tampar pantai pula tidak terlalu seksi. Kerana sukan tersebut yang melibatkan wanita dianggap terlalu seksi dan tak sesuai untuk tontonan umum.

“Perkara itu sudah lama saya nak bangkitkan. Terima kasih Sarah, fokus kepada prestasi bukannya body. Saya nak tengok pemain bola tampar pantai pula ambil tindakan sama, hentikan memakai baju yang terlalu kecil tu.”

Terharu dengan sambutan seluruh dunia

Ternyata perjuangan atlet Norway ini mendapat sokongan luar biasa dari seluruh dunia. Mereka mengakui terkejut dan terharu. Walaupun angka denda itu nampak kecil, namun denda tetap denda. Nama mereka sudah berada dalam senarai disiplin.

Tetapi mereka tidak peduli walaupun merisikokan karier mereka sekalipun demi perjuangan mereka. Di mana mereka mahu wanita memakai pakaian yang mereka selesa sahaja untuk bertanding.

Pasukan ini menganggap sudah tiba masanya seksualisasi ditamatkan dalam sukan wanita, dan fokus kepada persaingan dan bakat mereka semata mata.

Untuk peraturan bola baling pantai, persatuan bola baling Eropah menetapkan lelaki wajib memakai seluar yang tidak lebih 10 sm dari lutut mereka.

Malangnya, untuk wanita peraturannya agak gila, dan sangat terdedah. Di mana mereka diminta memakai seluar dalam bikini. Di mana luas seluar dalam itu adalah 10sm.

Bola baling pantai suka baru dan mulai popular awal 1980-an. Salah satu cara mereka menarik minat orang ramai untuk menyaksikan sukan itu adalah dengan mengarahkan atlet wanita berpakaian separuh bogel.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.