TEAM Malaysia Dedikasikan Piala Dunia Sepak Takraw Kepada Faisal Halim

Skuad juara dunia Sepak Takraw Malaysia menyampaikan sokongan kepada Faisal Halim dengan menujukan kemenangan tersebut kepada pemain Selangor FC itu.

Malaysia bergelar juara dunia acara beregu dan regu dalam kejohanan dunia Sepak Takraw yang dilangsungkan . Sekaligus menghampakan musuh tradisi Thailand.

Syahir Rosdi,  dalam ucapannya berkata: “Piala Dunia saya hadiahkan buat Faisal Halim yang sedang berjuang untuk [menyelamatkan] kariernya.

“Kami TEAM MALAYSIA mendoakan agar Faisal Halim cepat sembuh dan We Stand For Faisal Halim.”

@shekeeneidham

Tahniah team sepak takraw Malaysia 🇲🇾🥇 Thank you @syahirosdi23 dedikasikan kemenangan ini untuk Faisal Halim #StandwithFaisalHalim #StopTheViolence #TiadaRuangUntukKeganasan #FaisalHalim #FH7 #SyahirRosdi #SukanDiTikTok #SportsOnTikTok #malaysia #istafsepaktakrawworldcup2024 #fyp #fypppppppppppppp #masukberandafyp #fypシ゚viral

♬ Standing In The Eyes Of The World – Ella

Sebelum ini Syahir Rosdi menjadi antara atlet yang bersuara tentang keganasan yang menimpa atlet selepas Faisal Halim diserang dan disimbah asid.

Faisal Halim mengalami lecur kimia tahap 4 yang meletakkan kariernya dalam risiko.

Bercakap kepada KOSMO Online, Syahir berkata: “Saya tidak sanggup berada dalam situasi Faisal kerana kami mencari makan melalui sukan, apabila terpaksa hadapi semua ini, saya tak boleh menerimanya.

“Kami menyara keluarga dalam sukan dan ini kerjaya kami, apa yang berlaku memberi kesan kepada semua atlet

“Tambahan pula, jika diperlaku seperti itu karier kita akan terjejas dan kemungkinan kerjaya kami sebagai atlet juga mungkin musnah. Saya harap peminat atau sesiapa sahaja bersikap lebih rasional.

“Kecaman, maki hamun pernah saya rasa. Perkara paling teruk saya alami adalah gangguan sihir tetapi nasib baik saya kini sudah pulih selepas membuat rawatan kampung.

“Jadi, saya harap peminat yang tidak berpuas hati terutama soal prestasi kami tiada masalah dan mereka boleh mengkritik tetapi jangan melebih-lebih sehingga menyentuh hal peribadi, keluarga dan sebagainya. Kami semua cari makan dan adalah tidak baik jika mereka melampaui batas hingga tercetus unsur-unsur jenayah,” tegasnya.