Team Malaysia: Safawi Rasid Sebilik Dengan Akhyar Rashid Dan Masih Sihat

Akhyar Rashid sebelum ini disisihkan daripada aksi menentang Laos selepas menjadi Man Of The Match dalam aksi berdepan dengan Kemboja.

Tan Cheng Hoe kemudian menjelaskan kenapa pemain itu disisihkan. Sebenarnya Akhyar Rashid disahkan positif covid19. Dan perlu menjalani kuarantin.

Laporan dari Team Malaysia menyebut bahawa, Safawi Rasid merupakan rakan sebilik kepada Akhyar Rashid.

Ini bermaksud Safawi Rasid berada dalam pemantauan rapi. Pastinya Malaysia tidak mahu kehilangan seorang lagi pemain kerana kuarantin.

Ini selepas 4 pemain Malaysia sebelum ini disisihkan daripada tugasan pada hari perlawanan kerana positif covid19.

Dengan Dion Cools yang masih belum melapor diri kerana tugasan di Denmark, Malaysia kini cuma ada 19 pemain dalam pasukan utama daripada 24 yang didaftarkan.

Malaysia dilaporkan menghantar rayuan agar diberikan kebenaran mendaftarkan beberapa pemain baharu. Ini kerana sebelum ini Malaysia hanya mendaftarkan 24 pemain daripada 30 pemain.

Hanya malaysia sahaja yang tidak menggunakan kuota penuh tersebut berbanding dengan negara negara lain yang bertanding.

Menurut Tan Cheng Hoe para pemain Malaysia akan melalui sesi ujian swab setiap hari untuk memastikan mereka selamat daripada wabak.

Diharap Safawi Rasid tidak terkena jangkitan tersebut. Team Malaysia mengesahkan bahawa buat masa ini Safawi Rasid masih sihat dan tidak ada simptom.

Ujian saringan sebelum perlawanan esok pastinya sangat penting dan kita mendoakan agar Pawi tidak dijangkiti wabak tersebut. Dan pada masa yang sama berharap tidak ada penularan lagi wabak tersebut di dalam pasukan kebangsaan kita.

Tidak lupa juga semoga 4 pemain yang disahkan positif sebelum ini akan segera pulih sepenuhnya.

Malaysia akan turun menentang Vietnam dalam aksi di antara dua finalis pada edisi 2018 yang lalu. Park Hang Seo menggelarkan perlawanan ini sebagai final pertama dalam aksi Piala AFF 2020 kali ini.