Teaser Fast & Furious 9: Dominic Torretto Papar Sisi Bapa Dan Suami

Peminat Fast & Furious sudah bersedia dengan sekuel kesepuluh dalam francais filem yang bertemakan kereta itu?

Terbaru, teaser untuk trailer pendek untuk filem Fast & Furious 9 telah dikeluarkan, walaupun namanya Fast & Furious 9.

Dan apa yang menariknya, ia memaparkan satu sisi kebapaan yang kuat pada Dominic Toretto (Vin Diesel).

Sisi kebapaan ini sudah wujud dalam filem sebelum ini, namun kali ini ia lebih menarik kerana sisi Dominic Torretto sebagai seorang suami turut dimuatkan.

Jadi kali ini Dom dan Letty akan lebih menjadi family man/woman dalam cerita ini. Jauh sudah perjalanan diorang ni dalam dunia Fast & Furious.

Kita pun terikut sekali menjadi semakin tua seperti mereka bukan? Ke tak perasan?

Baiklah, teaser ini adalah pendek dan trailer penuh untuk filem ini akan dikeluarkan pada Jumaat ini.

Fast & Furious 9 akan menampilkan Vin Diesel dan Michelle Rodriguez sebagai Dominic Torretto dan Letty Ortiz.

Selain daripada Vin Diesel dan Michelle Rodriguez beberapa pelakon yang pernah berlakon dalam siri Fast & Furious sebelum ini yang turut kembali termasuk Jordana Brewster, Tyrese Gibson, Charlize Theron, Helen Mirren, dan Ludacris.

Filem Fast & Furious 9 akan menemui peminat di seluruh dunia pada 22 Mai 2020.

Jom saksikan dahulu trailernya di sini:

Jadi korang boleh expect naskah kali ini akan lebih kekeluargaan di rumah Dominic Torretto.

Baca yang lain