Presiden La Liga Javier Tebas akui bahawa liga itu memang tidak bercadang untuk menggunakan Goal Line Technology.
Baru baru ini kem Barcelona mengkritik La Liga yang tidak dapat mengesahkan gol Lamine Yamal ketika El Clasico. Barcelona mendakwa bola sudah masuk.
Namun begitu pengadil menyatakan bahawa tidak ada sudut pandangan jelas bahawa bola itu sudah masuk.
Ilkay Gundogan yang sebelum ini lama bermain untuk Man City meminta pengadil menyemak jamnya sama ada ada getaran tanda isyarat gol.
Pengadil jelas tak mengerti permintaan itu kerana tiada GLT.
Real Madrid menang 3-2 dalam aksi el clasico itu menerusi jaringan gol kemenangan oleh Jude Bellingham.
Selepas tamat perlawanan, Ter Stegen dengan lantang melabel La Liga sebagai memalukan.
“La Liga seringkali mencanang diri kita sebagai liga terhebat di dunia dan banyak wang. Adalah memalukan apabila pengadil tidak dapat mengesahkan sama ada bola sudah melintasi garisan gol, kerana tiada goal line technology, sedangkan liga lain sudah ada,” tegas penjaga gol itu.
Xavi Hernandez turut kecewa dengan ketiadaan GLT walaupun sudah ada VAR. Namun ianya dianggap belum cukup.
Presiden Barcelona, Joan Laporta sudah menyatakan kritikan mereka ke atas La Liga dan aduan rasmi sudah dibuat. Laporta kemudian tidak teragak agak untuk meminta perlawanan ulangan jika gol Lamine Yamal didapati bersih.
Javier Tebas kemudian tampil mempertahankan tindakan La Liga yang tiada GLT. Menurutnya GLT adalah terlalu mahal dan hanya digunakan beberapa kali sahaja setahun untuk menyemak sama ada bola sudah melintasi garisan.
Tebas berkata: “Ia bukanlah teknologi yang sempurna, itu adalah salah satu alasan kita tidak memakainya. Bukan itu sahaja, dalam satu musim, gol hantu [ghost goals] cuma berlaku 3 atau 4 kali je setahun.
“Dan jika kamu tambah GLT hanya semata mata kerana itu, ianya tidak sempurna. Sebab kosnya terlalu tinggi. Bermakna kita melabur dalam 5 ke 6 juta semusim hanya untuk menggunakan ia menyemak sekali dua sahaja keraguan. Dengan VAR 99% isu di atas padang dapat diselesaikan.”
Komen Tebas itu membuatkan peminat bola sepak di Sepanyol berbelah bagi pendapat. Ada yang menganggap Tebas sebagai memberikan alasan yang teruk.