Barcelona telah menikmati jendela perpindahan musim panas yang menghiburkan dan benar-benar mengejutkan. Ini kerana pasukan yang dianggap hampir muflis itu telah membawa masuk ramai pemain bintang.
Walaupun mempunyai hutang yang besar, mereka mungkin menamatkan jendela perpindahan sebagai kelab yang berbelanja paling besar. Ada ramai pihak bertanya, di mana La Liga atau UEFA? Adakah mereka hanya membiarkan sahaja kelab itu terus berbelanja sedangkan hutang mereka sangat tinggi. Dan pada masa yang sama ada tunggakan gaji pemain.
Ramai yang menggaru kepala mereka tentang bagaimana ia boleh berlaku. Isu lain termasuk sama ada mereka mampu untuk mendaftarkan pemain pemain baharu mereka dalam peraturan pendaftaran pemain La Liga yang ketat.
Buat masa ini Barcelona sebenarnya masih belum dapat mendaftarkan pemain pemain baharu mereka secara rasmi ke dalam La Liga. Bagaimanapun, Presiden La Liga Javier Tebas optimis mereka mampu melakukannya.
Tebas merupakan pejuang tegar FFP. Orang yang bertahun tahun bersuara menentang kelab seperti PSG dan Manchester City kerana menurutnya kelab kelab itu telah mencabuli FFP.
Oleh sebab itu dalam isu Barcelona, Tebas menjadi perhatian ramai. Adakah dia cuma tutup mata? Tebas menafikannya. Dia malah menyatakan dia memantau dan memerhatikan proses dan usaha Barcelona dalam mengimbangi hutang mereka agar menepati piawaian FFP.
Tebas berkata: “Mereka tahu apa yang mereka perlu lakukan. Saya fikir mereka masih mempunyai sedikit kerja untuk dilakukan tetapi mereka berada di landasan yang tepat.”
Barcelona sebelum ini sudah melakukan 2 proses mengimbangi hutang mereka ataupun ‘lever’. Dana masuk daripada penjualan hak penyiaran. Dan mereka kini di dalam proses untuk suntikan dana bagi proses imbangan peringkat ketiga.
Sama ada Barcelona boleh mengharapkan pemain baru mereka akan dapat beraksi pada hari pertama liga. Di mana aksi pertama mereka adalah pada 13 Ogos menentang Rayo Vallecano. Untuk perkara itu Tebas kurang pasti.
Tetapi dia yakin kesemua pemain itu akan tetap dapat didaftarkan oleh Barcelona. Kerana Tebas percaya Barcelona sangat arif dalam soal perundangan dan tahu apa yang mereka sedang lakukan.
Bercakap kepada Sports ES, Tebas berkata: “Tanya FC Barcelona. Saya boleh katakan bahawa mereka tahu peraturan dengan baik dan mereka sedar apa yang perlu mereka lakukan. Mereka masih perlu melakukannya, tetapi masih ada masa lagi.”
🎙️Javier Tebas (La Liga President) via @mundodeportivo …
🗣️: “If the new Barca signings will reach the start of LaLiga ? Ask FC Barcelona. I can say that they know the rules well and they know what they have to do. They still have things to do, but there is still time.”
— Barça Buzz (@Barca_Buzz) July 27, 2022
Topik kemudian bertukar kepada bagaimana mereka telah menguruskan perkara berkaitan dengan pendaftaran pemain ini. Dan bagaimana Tebas benar benar tenang dalam melihat situasi di Catalonia itu memandangkan angka terkini La Liga memberi Barcelona had gaji sekitar €144 juta semusim. Tebas mempunyai penjelasan yang mudah.
Tebas puji kebijaksanaan Barca
Dia memuji kecekapan dan kebijaksanaan pengurusan Barcelona dalam menangani perkara ini.
Tebas berkata: “Mereka telah pun berjaya menjual 10% hak TV mereka dengan harga €207 juta. Kemudian mereka meningkatkan bahagian itu kepada 25% yang saya fikir memberi mereka lebih €350 juta macam itu….”
“Jadi, itu akan menjadikan suntikan dana kelab mereka berada di paras €500 juta dan saya fikir mereka mempunyai satu lagi tuil [lever] ketiga iaitu sekitar €200 juta lagi.”
“Dengan itu dan jika mereka berjaya mendapatkannya, dan kemudian jika mereka berjaya melepaskan beberapa pemain untuk pergi, ini akan menjelaskan kemungkinan pembelian kali ini boleh didaftarkan.”
Tebas juga mengesahkan bahawa Barcelona sudah berjaya menjual beberapa aset mereka termasuk potensi penjualan beberapa pemain lagi dalam beberapa minggu ini. Buat masa ini, Barcelona telah melakukan semua proses mengurangkan beban hutang kelab dengan sebaiknya.
Ini termasuk berjaya mengurangkan gaji pemain. Xavi Hernandes menegaskan bahawa, kelab tak akan memberikan pemain gaji lebih daripada EUR10 juta semusim pada musim ini. Oleh sebab itulah mereka cuba menjual De Jong jika pemain itu enggan menerima pemotongan gaji 50% atau paling kurang pun 40%.
🎙 Javier Tebas believes FC Barcelona has a good chance of registering all of their signings:
"They know what they have to do. I think that they still have a bit of work to do but they are on the right track." 😉 pic.twitter.com/Ipuaz6Jv3L
— Capricorn ♑ (@Cule_Capricorn) July 27, 2022
“Mereka telah dapat menjual aset, yang merupakan sesuatu yang perlu mereka lakukan, dan mengurangkan gaji – itulah yang membolehkan mereka menandatangani pemain baharu.”
Barcelona kini dalam proses mendapatkan Jules Kounde dari Sevilla. Ini selepas mereka mendapatkan Andreas Christensen, Raphinha, Franck Kessie, Lewandowski dan menandatangani semula Ousmane Dembele.
Apa yang berlaku di Barcelona benar benar luar biasa. Mereka berjaya membina pasukan mengikut kehendak Xavi ketika kelab berdepan krisis hutang yang sangat besar.
Terbaru, Sports melaporkan Barcelona sedia menjual Ter Stegen sekiranya De Jong terus berkeras tidak mahu berpindah.
#Deportes ¿En venta? 😳💥
Si el Barcelona no logra vender jugadores, la directiva pondrá a la venta el portero alemán Ter Stegen. Esto para liberar masa salarial y así inscribir a los nuevos fichajes.
Entérate en #NuestroDiario
📷 RRSS pic.twitter.com/uBfFkuftWJ— Nuestro Diario (@NuestroDiario) July 27, 2022