Tebas Kecam Balik Barca Sebagai Kecek Menipu

La Liga akhirnya tampil mempertahankan dirinya selepas dituduh Barcelona sebagai punca pendaftaran Dani Olmo dan Pau Torres gagal.

Tebas mengulas tentang kes Dani Olmo yang menurutnya, jelas sekali Barcelona langsung tidak menyelesaikan apa apa seperti yang mereka dakwa pada 31 Disember 2024.

Kelmarin, Naib Presiden Barcelona, Elena Fort menyalahkan La Liga sebagai tidak cekap dalam menguruskan kes Dani Olmo.

Polisi yang tidak konsisten dituduh menjadi punca Dani Olmo gagal didaftarkan bersama Pau Torres. Fort berkata:

“Penghakiman terdahulu telah dibuat tanpa mempunyai sebarang maklumat sebenar tentang apa yang berlaku. Barca, dari saat pertama kami tiba dan kini dengan pembelian, telah memenuhi semua kewajipan kawalan ekonomi.

“Saya telah mendengar bahawa kami menjual aset secara murah pada saat-saat akhir itu adalah kurang tepat. Jika saya ingat kembali dengan betul, langkah pertama adalah pada pertengahan Oktober, selari dengan operasi dengan Nike.

“Hanya kerana ia tidak dilaporkan tidak bermakna Barca tidak bertindak,” tegas beliau lagi.

Fort juga mengesahkan bahawa mereka sudah ada segala dokumen berkaitan untuk menunjukkan bahawa mereka meraih pendapatan termasuk daripada tajaan Nike dan penjualan VIP Box.

Namun Elena Fort kecewa kerana La Liga dituduh tidak memberikan mereka masa secukupnya untuk mengemukakan dokumen tersebut.

Kenyataan itu dibidas oleh Javier Tebas. Dia menegaskan bahawa semua yang dikatakan Barcelona adalah penipuan.

Tebas dalam hantaran di X berkata: “Untuk kes Olmo, pertammanya Barcelona memberitahu kami mereka ada kontrak dengan Nike. Namun ianya tidak menjadi, dan soliso lain diberikan.

“Pada 31 Disember, ada kontrak ditandatangani. Beberapa dokumen diminta sebagai bukti.

“Dokumen ini memang ada dihantar, dan mereka memerlukan 40% daripada tansaksi, bukan 20% transaksi keseluruhn dibuktikan sudah ada dalam tangan mereka.

“Wang itu telah dipindahkan namun ianya sudah melepasi tarikh akhir ditetapkan, 3 Disember.

“La Liga dengan serta merta membatalkan pendaftaran Dani Olmo. Jadi apa yang mereka telah selesaikan menjelang 31 Disember 2024? Tak ada satu pun.

“Semua yang lain itu hanya spekulasi,” tegas Tebas.