Tebas Kritik EPL Pilih Kasih Layan Kelab Besar Macam City, Tak Macam La Liga

Presiden La Liga, Javier Tebas telah mengkritik cara EPL mengendalikan kes Manchester City. Di mana menurut Tebas, EPL harus mencontohi cara La Liga ketika mengendalikan kes melibatkan kelab besar.

Tebas menegaskan, EPL dilihat pilih kasih tidak seperti La Liga dalam mengendalikan kes melibatkan kelab kelab besar. Berbeza sekali dengan La Liga yang tidak pernah pilih kasih ke atas kelab kelab di bawahnya.

Tebas kecewa dengan cara Premier League yang dianggap memberikan kelebihan kepada kelab besar kerana mereka ini ada kepentingan dari sudut komersial.

Tebas memberikan bayangan bahawa Man City sudah pastinya sudah menerima hukuman berat jika mereka beraksi di Sepanyol di bawah kepimpinannya sebagai bes besar La Liga.

“Premier League tidak seharusnya pilih kasih dalam mengendalikan kelab besar atau kecil. Mereka juga jangan membeza bezakan kelab yang dianggap penting atau tak penting [secara komersial].

“Man City adalah rakan kongsi dalam liga. Dan mereka sudah melanggar peraturan. Ini bermakna mereka harus dihukum selayaknya. Jika tidak, kuasa EPL itu semakin hilang.

“Manchester City hanyalah sebuah lagi kelab yang sama dengan kelab lain, apabila kamu menerajui organisasi itu, kamu harus bertindak

Tebas memberikan komen ke atas kes 115 salah laku yang disyaki dilakukan Man City melibatkan salah laku kewangan. Di mana sebelum ini kelab seperti Everton dan Nottingham Forest terus dikenakan tindakan.

Tetapi CEO EPL iaitu Richard Masters sudah menjelaskan bahawa kes Man City tidak boleh dibandingkan dengan Everton atau Forest.

Man City pernah dikenakan denda £49 juta oleh UEFA kerana melanggar peraturan FFP. Namun begitu, £32 juta dipulangkan semula setelah mereka membuat rayuan.

Tidak lama kemudian UEFA menghukum Man City dengan melarang mereka bertanding dalam UCL selam 2 musim. Larangan itu juga dimansuhkan setelah Man City menang rayuan di CAS. Atas alasan, kes yang melibatkan Man City itu sudah lebih 5 tahun, dengan peraturan UEFA menganggap untuk kes lebih 5 tahun ianya dianggap kes lapuk atau sudah tamat tempoh.

Tetapi untuk kes di England, Premier League tiada peraturan tamat tempoh. Dan Premier League sebelum ini sudah membayangkan kes ini akan dibicarakan dalam masa terdekat.