Teman Wanita Ronaldo Kecewa Gambar Punggungnya Disunting Oleh Penerbitan Arab Saudi

Teman wanita yang juga pasangan hidup kepada Cristiano Ronaldo, Georgina Rodriguez kecewa kerana gambarnya telah disunting oleh syarikat penerbitan Arab Saudi.

Baru baru ini, Georgina meraikan harijadi ke-39 CR7, dan dia memuat naik gambar mereka sekeluarga.

Berita itu dikongsi oleh penerbitan Hamshahri kerana dianggap agak terlampau seksi dan menggoda.

Penerbitan itu menggunakan Photoshop untuk menyunting bahagian punggung Georgina yang awalnya melentik kini dileperkan.

Menurut laporan, Georgina sedih kerana gambarnya itu disunting. Kerana dia menghabiskan banyak wang untuk membentuk punggungnya seperti itu.

Pelakon berketurunan Iran-Inggeris, Omid Djalili mengecam tindakan akhbar itu sebagai tidak menghormati kaum wanita. Dengan mengubah suai gambar wanita.

Namun begitu Hamshahri ada alasan tersendiri untuk berbuat demikian. Mereka tidak mahu menerbitkan gambar yang terlalu menggoda itu kepada umum.

Ada yang berpendapat Hamshahri seharusnya tidak berkongsi langsung gambar itu atau memotongnya / crop sahaja di bahagian atas punggung.

Namun jika itu yang mereka buat, ia akan membuatkan dua lagi anak Abang Do akan terkeluar daripada frame gambar.

Arab Saudi memiliki tapisan sangat ketat dalam penerbitan gambar di media terutama sekali melibatkan wanita.

“Mereka tidak berani menyuruh dia memakai veil [tudung] ketika dia tiba di Iran. Jadi isteri Ronaldo kini dikaburkan di bahagian punggungnya, dalam akhbar.

“Menunjukkan rasa kurang hormat kepada wanita dengan merosakkan penampilan mereka secara terbuka.”

Sebelum ini Georgina pernah resah kalau dia tidak dibenarkan tinggal sebumbung dengan Abang Do memandangkan mereka bukan pasangan yang sudah berkahwin.

Tetapi kerajaan Arab Saudi membenarkan mereka tinggal bersama, ditambah pula dengan polisi negara itu yang kini semakin terbuka dengan warga asing untuk mengamalkan cara hidup mereka.