Para peminat sukan Muay Thai berpeluang untuk menyaksikan sendiri aksi pertarungan petarung berkelas dunia, Saeksan Or. kwanmuang bertarung di Malaysia pada hujung minggu hadapan.
Aymas Pallas Muay Thai Gym, Kelab 999 cawangan Tawan dan AADK Pahang tampil bekerjasama untuk menganjurkan pertandingan Temerloh Muay Thai Fight 2022 pada 20 dan 21 Mei ini di Padang Bola Ketumbit, Kerdau, Temerloh Pahang.
Apa yang menariknya, pertandingan ini akan turut disertai oleh petarung yang boleh dianggap legenda dalam dunia sukan Muay Thai ini sendiri.
Moh rodong semua..
Temerloh Muaythai Fight 2022
Tarikh : 20&21 mei 2022
Tempat : Padang Bola Ketumbit kerdau, Temerloh Pahang. pic.twitter.com/SOWYEGVOgK— M.K.H (@boyazka241) May 12, 2022
Kenali siapa Saeksan Or Kwanmuang yang akan bertarung di Temerloh 21 Mei Ini
Saeksan Or Kwanmuang merupakan petarung dari Thailand yang berasal dari Nakhon Si Thammarat di Selatan Thai.
Beliau merupakan petarung yang sudah boleh dianggap sebagai legenda atas segala pencapaian dan kejayaan yang berjaya beliau kecapi sepanjang kariernya.
Saeksan mula berkecimpung dalam sukan Muay Thai ini ketika beliau masih berusia 9 tahun hasil pengaruh dan dorongan dari ayah dan abangnya yang juga merupakan seorang petarung.
Saeksan mempunyai kelebihan dari segi teknik serangan beliau yang aggresif ketika menghayunkan tumbukan dan melakukan sikuan ke kepala lawan.
Dek kerana kelebihan itulah beliau turut diberi julukan nama sebagai Muay Bouk dan kombinasi pertarungan yang beliau miliki berjaya membantunya untuk menjadi antara petarung yang cukup disegani.
Looks like Saeksan Or.Kwanmuang's next fight will be against Pinpet Banchamek (138-140 lbs) on a new Tuesday WSS Fights show at World Siam Stadium.
I haven't seen a specific date mentioned but I think it's next Tuesday (show starts 3:30 PM local). pic.twitter.com/FKW8PA0cwS
— Phan K.S. (@MTLevG) March 19, 2021
Pada Julai 2016, Saeksan Or Kwanmuang telah diletakkan di kedudukan ketujuh Super-feather weight di Rajadamnern Stadium oleh muaythai2000.com.
Pada September 2016 Saeksan Or Kwanmuang telah diletakkan di kedudukan keempat dalam senarai petarung Super-feather weight dunia oleh wbcmuaythai.com.
Sepanjang kariernya, Saeksan Or Kwanmuang sebenarnya telah memenangi pelbagai kejuaraan dunia dan antara pencapaian terbaiknya adalah memenangi WBC Muaythai Super-Lightweight World championship pada tahun 2018 dan IBF Muaythai Lightweight World Championship pada tahun 2017.
Beliau memiliki rekod 247 kemenangan 189 kalah dan hanya mencatatkan enam keputusan seri sahaja sepanjang kariernya.
— Sarel (@shrllzwn10) May 12, 2022
Jelas sekali beliau bukanlah petarung biasa-biasa dan sangat beruntung sebenarnya untuk kita andai dapat menyaksikan beliau bertarung secara langsung.
Temerloh Muay Thai Fight 2022
Hasil kerjasama dari Aymas Pallas Muay Thai Gym, Kelab 999 cawangan Tawan dan AADK Pahang maka terhasil lah pertandingan yang sangat menarik untuk ditonton pada 20 dan 21 Mei nanti.
Bukan hanya Saeksan bahkan ramai lagi petarung berbakat dari pelbagai negara yang akan turun beraksi di pertandingan ini nanti.
Akan ada enam pertarungan yang bakal dilangsungkan pada malam pertama (20 Mei Jumaat) dengan ramai dari mereka merupakan petarung dari Malaysia.
Pada malam kedua (21 Mei Sabtu) akan ada enam lagi perlawanan yang berlangsung termasuklah aksi antara Saeksan Or Kwanmuang bertemu Lao Chitra dari Kemboja.
Menarik jugak fighter² yang akan bertanding dekat Temerloh nanti. #MuayThai #Temerloh pic.twitter.com/4eZOWhPUd0
— saya hairul hilmi (@pacat888) May 12, 2022
Hadiah berupa Piala khas akan diberikan kepada para pemenang dalam kesemua 11 perlawanan yang dilangsungkan, sementara pertarungan antara Saeksan dan Chitra akan mempertaruhkan sabuk kejuaraan khas.
Papa Megah Holding salah seorang penaung kejohanan
“Assalamualaikum, ingat, ni kena ingat ni, pada 20 dan 21 haribulan Mei 2022, satu perlawanan hebat akan berlangsung di Temerloh iaitu Temerloh Muay Thai 2022.”
“Kalau tak datang rugi, sebab kita ada fighter-fighter profesional daripada Brazil, Iran, Itali, Kemboja, Thailand, Morocco semua ada untuk fight di Malaysia ni.”
“Untuk peminat-peminat Muay Thai, jangan lepaskan peluang ini, saya juga akan berada di sana, di Temerloh Muay Thai Fight.”
“Jangan tak datang, nanti rugi.”
Begitulah ucapan dari Papa Megah Holding yang mahu para peminat ramai-ramai hadir menyaksikan acara yang julung-julung kali diadakan di Malaysia itu.
Save the date pic.twitter.com/aaUxStJy7d
— Khüzer (@KhuzerK) May 12, 2022
Macam mana nak tengok?
Memandangkan petarung yang datang bukanlah petarung biasa-biasa, maka pihak penganjur akan mengenakan tiket untuk sesiapa yang berminat.
Acara EKSKLUSIF mestilah berbayar kan?
Pihak penganjur akan mengenakan bayaran tiket RM100 untuk kedua-dua malam, dan dengan bayaran itu peminat akan menerima sehelai baju khas berserta lucky draw yang mana peminat yang bertuah akan membawa pulang RXZ andai mereka bernasib baik.
Jika mahu datang beramai-ramai dan mahu mendapatkan view yang lebih menarik, maka peminat boleh menempah meja bernilai RM1000.
Bayaran untuk meja itu akan membolehkan peminat mendapat tiket satu malam, 7 tempat duduk khas, jamuan makan untuk serta 7 cabutan bertuah untuk memenangi RXZ.
Sejujurnya baju yang diberikan oleh penganjur sememangnya sangat cantik dan boleh dipakai untuk ke mana-mana sahaja.
Untuk tempahan tiket, boleh lah berhubung dengan:
0135150757 – Cikgu
0183732774 – Anjang
Bapak cantik baju-baju untuk event Muay Thai Temerloh ni. Dapat baju saja pun berbaloi sangat dah ni. pic.twitter.com/EcDWMpszQM
— shikh saiful rizal (@ShikhRizal) May 13, 2022
Tempahan tiket boleh dibuat segera untuk memudahkan pihak penganjur menyediakan apa yang patut kerana acara tersebut akan dilangsungkan pada hujung minggu hadapan.
Acara akan bermula pada 20 haribulan nanti dan perasmian akan dilakukan oleh Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said.
Menurut individu yang bertanggungjawab dalam usaha untuk menganjurkan pertandingan ini, Mohamed Kamal Hidjaz bin Mustafa Kamal (bukan anak papa Megah Holding), para petarung yang bertarung di acara ini sudah membuat persiapan cukup rapi untuk mempamerkan aksi persembahan terbaik pada hari pertandingan nanti.
“Para petarung memang tak henti-henti berlatih untuk bertarung di acara ini nanti, mereka tak cuti dan betul-betul bersemangat mahu beraksi di Temerloh nanti.”
“Dah agak lama mereka tak bertarung di acara besar ini kerana wabak pandemik, dan ini adalah masa untuk mereka kembali menghiburkan para peminat.”
“Saya berani jamin, peminat akan berpuas hati dengan apa yang bakal mereka saksikan nanti.”