Ten Hag Ambil Tindakan Disiplin Ke Atas Garnacho Kerana Kesalahan Aktiviti Media Sosial

Erik Ten Hag telah bersemuka dengan Alejandro Garnacho berikutan aktiviti pemain itu di media sosial.

Garnacho dilihat telah menekan like pada dua hantaran di X yang berkaitan kritikan peminat ke atas Ten Hag yang mengeluarkannya ketika aksi menentang Bournemouth.

Salah satu hantaran yang dimuat naik adalah menyebut Garnacho telah menjadi kambing hitam pada hari tersebut.

Ten Hag memberitahu wartawan bahawa dia tidak suka dengan apa yang dilakukan Garnacho yang seolah olah tidak menghormati rakan rakan lain yang masuk menggantikannya.

Selepas pertemuan itu Garnacho dilaporkan segera unlike balik post yang berkaitan tersebut.

Tindakan Garnacho itu mengecewakan rakan sepasukan dan Erik Ten Hag sendiri. Lalu pengurus itu sudah mengambil tindakan disiplin ke atas Garnacho.

Garnacho berbuat demikian kerana kecewa digantikan dengan Amad Diallo. Erik Ten Hag selepas tamat perlawanan menyatakan pertukaran itu terpaksa dibuat sebagai langkah berjaga jaga.

Ianya kerana Garnacho hanya berlatih sekali pada minggu lalu, pada Jumaat kerana sakit. Ten Hag tidak mahu mengambil risiko dengan menggunakan Garnacho selama 90 minit.

Oleh itu dia diminta mengadap Ten Hag pada sesi latihan Ahad lalu. Dengan pengurus United itu menganggap isu tersebut sudah pun selesai.

Sebelum ini Jadon Sancho pernah melakukan kesalahan berkaitan dengan aktiviti di media sosial. Di mana pemain itu telah mengkritik Ten Hag secara terbuka. Ianya membuatkan pengurus itu meminta Garnacho membuat permohonan maaf atau dia dibekukan.

Sancho memadamkan post tersebut namun tidak mahu meminta maaf. Akhirnya Sancho dibekukan daripada tugasan pasukan. Dan kemudian dihantar secara pinjaman ke Dortmund.

Kes Garnacho adalah berbeza, dia menekan like pada hantaran orang lain. Dan kemudian disahkan sudah berjumpa Ten Hag untuk menyelesaikan isu tersebut.

Alejandro Garnacho menjadi pemain penting Ten Hag musim ini. Pemain berusia 19 tahun itu telah menunjukkan peningkatan luar biasa untuk menjadi pemain kunci dalam skuad United.

Baca yang lain