Pengurus Manchester United menafikan bahawa dia memberikan pelepasan khas kepada Cristiano Ronaldo untuk balik lebih awal sebelum perlawanan tamat.
Ronaldo didapati meninggalkan Old Trafford lebih awal dengan beberapa pemain lain termasuk Diogo Dalot.
Both Dalot and Cristiano Ronaldo left before the game ended today.#MUFC 🔴 pic.twitter.com/GGh4HMiWGn
— UtdActive 🔴 (@UtdActive) July 31, 2022
Namun ada peminat menyatakan bahawa Ronaldo diberikan pelepasan khas bersama sama pemain di coporate box bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
A number of Manchester United players (Bruno, De Gea, Dalot, Martial etc) left the Rayo Vallecano match early, as sanctioned by Erik ten Hag to beat the traffic & crowds. But the media will only focus on Cristiano Ronaldo to back up their narrative that he wants out… #MUFC pic.twitter.com/YlpFKhOGUy
— His Majesty uKumkani (@hmthekingofrsa) August 1, 2022
Ada juga yang menyatakan bahawa, Ronaldo dan Dalot balik awal atas arahan Ten Hag untuk conditioning – proses pemulihan badan selepas perlawanan.
Erik ten Hag on Cristiano Ronaldo and other Man Utd players leaving Old Trafford early vs Rayo: “I don’t certainly accept this. I think this is unacceptable. For everyone”, tells @viaplaysportnl. 🚨🔴 #MUFC
“We are a team and you have to stay until the end”, ten Hag says. pic.twitter.com/Ysm2G4e7Rp
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 3, 2022
Sebaliknya, pengurus yang tegas itu berkata, kelakuan Ronaldo tidak boleh diterima. Ten Hag sama sekali terkejut melihat gambar Ronaldo berada di luar stadium sebelum perlawanan antara Manchester United dan Rayo Vallecano berakhir.
Ten Hag memberitahu media Belanda AD dan Viaplay: “Saya pastinya tidak membenarkan perkara ini. Ini tidak boleh diterima. Untuk semua orang. Kami adalah satu pasukan dan anda perlu kekal sehingga tamat.”
Erik ten Hag on #mufc players leaving Old Trafford early: "I do not accept this in any way. This is unacceptable. We are a team, and then you stay until the game is over." #mulive [@viaplaysportnl] pic.twitter.com/KtYEtWIcS7
— utdreport (@utdreport) August 3, 2022
Pengurus itu tidak menamakan Ronaldo atau Dalot secara terperinci dalam kenyataannya. Jelas sekali kenyataannya adalah untuk kesemua pemain yang balik awal meninggalkan pasukan pada hari itu. Ini termasuk pemain yang berada di kamar koporat seperti David De Gea, Bruno Fernandes dan Martial yang juga dikatakan balik awal.
🗣️ — Erik ten Hag on Ronaldo and others leaving the game before full-time:
“I certainly don't condone this. This is unacceptable. For everyone. We are a team and you have to stay until the end.” #mufc #mujournal
[@ADnl via @viaplaysportnl] pic.twitter.com/cyvAonIQrZ
— United Journal (@theutdjournal) August 3, 2022
Erik Ten Hag sebelum ini sudah menyatakan bahawa beliau tak akan memanjakan mana mana pemain termasuk superstar.
Sudah beberapa tahun lamanya, Manchester United berdepan dengan masalah kuasa pemain yang terlalu tinggi dan membuatkan pengurus menjadi sukar mengawal bilik persalinan.
Ten Hag: Ronaldo masih di bawah standard
Selepas aksi Manchester United dengan Rayo Vallecano, Ten Hag membuat penilaian jujur tentang superstar seperti Ronaldo. Dan bmemberikan bayangan bahawa Cristiano Ronaldo kemungkinan besar tidak akan bermula sebagai kesebelasan utama dalam aksi pertama EPL mereka pada hujung minggu ini.
Hal ini kerana Ten Hag menegaskan bahawa pemain itu tak cukup bersedia dan tidak berada di tahap yang dia tetapkan. Semuanya gara gara Ronaldo terlepas banyak perlawanan dan latihan pra musim sebelum ini.
Ronaldo tidak menyertai jelajah Asia dan Australia atas sebab peribadi. Dan dia akhirnya kembali semula dalam aksi pra musim berdepan dengan Rayo Vallecano di mana Man United seri 1-1.
Erik ten Hag mengakui Cristiano Ronaldo tidak berada di tahap rakan-rakan skuad Manchester United yang lain dalam aspek kecergasan perlawanan.
Ten Hag dikenali dengan sikapnya yang meletakkan standard yang tinggi dalam skuad Manchester United yang ada sekarang. Dia sentiasa menuntut pemainnya untuk konsisten dalam melakukan pressing. Selain itu Ten Hag turut mengenakan beberapa peraturan ketat dalam kem United termasuk melarang pemain melantik cef peribadi untuk pemakanan mereka.
Ten Hag telah memberitahu bahawa ketidakhadiran Ronaldo sepanjang pramusim mungkin menjadi isu utama kepada isu kecergasan pemain itu. Ten Hag memberitahu bahawa solusinya kini adalah, Ronaldo perlu menggandakan latihannya dan juga mendapatkan semula minit perlawanan.
Minit perlawanan ini mungkin akan diberikan daripada bangku simpanan.
Erik Ten Hag memberitahu Sky Sports ketika ditanya mengenai keadaan fizikal Ronaldo: “Saya tidak dapat memberitahu pada masa ini. Dia pastinya tidak berada pada tahap skuad kami sekarang, kerana dia terlepas banyak minggu. Jadi dia memerlukan perlawanan dan dia memerlukan banyak latihan. ”
Pemain berusia 37 tahun itu terkenal kerana melakukan latihan tambahan secara peribadi dan, walaupun sudah berusia, masih dipuji kerana fizikalnya. Dia berlatih di Portugal sebelum kembali ke Manchester. Komen Ten Hag sebelum ini menegaskan bahawa dia tak risau tentang tahap kecergasan Ronaldo kerana mengetahui pemain itu seorang yang sangat rajin dan berdisiplin melakukan latihan sendiri walaupun di rumahnya.
Dia berkata pada awal Julai: “Kita semua tahu Ronaldo seorang profesional terbaik dan akan cergas, itu adalah kebimbangan terakhir saya.”