Ten Hag: “Antony Pun Pejuang Macam Saya”

Erik Ten Hag sebelum ini menyatakan bahawa dia tidak akan mudah menyerah kalah kerana dia seorang fighter.

Kenyataan itu dibuat selepas kekalahan 0-3 di tangan Newcastle yang membuatkan United disingkirkan daripada Piala Carabao. Piala yang mereka menangi musim lalu.

“Jadi saya adalah seorang pejuang [fighter] dan saya tahu ia tidak selalunya akan naik ke atas dan kami mempunyai banyak halangan musim ini,” kata pengurus asal Belanda itu.

“Tetapi anda juga perlu menghadapinya dan itu tidak pernah menjadi alasan. Saya pernah cakap begitu. Saya tahu apabila terdapat kemunduran tetapi walaupun begitu anda perlu mendapatkan hasil.”

“Ahad [dan] malam ini jauh dari itu jauh daripada diri kami sebenar, dan kami perlu melakukan perkara yang betul pada tahap tertentu, tahap minimum untuk memenangi perlawanan.”

Man United kini mencatatkan rekod buruk, kalah 8 daripada 15 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan. Seterusnya Manchester United juga kalah 0-3 sebanyak dua kali berturut turut di Old Trafford buat pertama kalinya sejak 1962.

Seterusnya Erik Ten Hag diminta untuk memberikan komen tentang Antony yang bergelut dengan prestasinya sejak pertengahan musim lalu lagi. Dan musim ini pemain itu terus menuai kritikan.

Terutama sekali apa yang berlaku di luar padang melibatkan pemain itu membuatkan Antony menjadi sasaran media.

Erik Ten Hag mempertahankan Antony dengan menegaskan bahawa pemain itu berdepan krisis prestasi kerana pasukan mereka tidak bermain baik. Yang memberikan impak kepada prestasi pemain itu.

Antony kurang mendapat bola di atas padang. Sambil Ten Hag menegaskan bahawa dia juga bertanggungjawab di atas apa yang berlaku.

“Pasukan kami tidak bermain bagus, dan kami tidak menghantar bola banyak kepadanya. Saya juga bertanggungjawab [atas prestasi hambar Antony].”

“Ada banyak bunyi bising di luar sana bercakap tentang kemerosotan standard permainan beliau. Dia boleh bermain leboh baik, dan begitu juga semua pemain lain boleh bermain lebih baik lagi.”

Kemudiannya, Erik Ten Hag melabel Antony seorang fighter sama sepertinya. Antony seorang yang berani dan berkeyakinan tinggi. Antony masih ayam tambatan Erik Ten Hag di Man United sejak menyertai kelab itu dengan nilai sekitar €100 juta dari Ajax.

Ten Hag berkata: “Saya seorang pejuang, Antony juga seorang pejuang, dia memiliki keyakinan. Dia seorang yang berani dan saya yakin dia akan mempamerkan prestasinya dan dia adalah pemain yang tepat untuk kami.”

Baca yang lain