Pengurus Manchester United, Erik ten Hag mengadu bahawa dua gol pertama Copenhagen tidak sepatutnya diberikan dalam kemenangan 4-3 mereka.
Copenhagen bangkit dua kali dalam perlawanan ini. Pertamanya, mereka bangkit daripada ketinggalan 2-0 dan kemudian bangkit dengan 2 gol ketika ketinggalan 3-2 untuk mencatat kemenangan pertama Liga Juara-Juara musim ini menentang United dalam masa 17 tahun selepas menewaskan pasukan Sir Alex Ferguson di Stadium Parken satu masa dulu.
Copenhagen retelling the story of their 1-0 win here vs #mufc 17 years ago. ‘What the f*****g hell is that?’ the United fans asked pic.twitter.com/CKdaIi8FV0
— Samuel Luckhurst (@samuelluckhurst) November 8, 2023
Man United terus beraksi cemerlang dalam perlawanan ini sehingga Marcus Rashford dibuang padang pada minit ke-42 kerana cabaran stud-up ke atas Elias Jelert dan Copenhagen menjaringkan dua gol berturut-turut sebelum rehat.
Ten Hag mendakwa gol Mohamed Elyounoussi sepatutnya diberikan kerana ada pemain Copenhagen berada dalam keadaan ofsaid dan menghalang penglihatan Andre Onana, manakala dia turut mempertikaikan keputusan pengadil untuk menghukum Harry Maguire kerana handball di dalam kawasan sendiri yang membolehkan Diogo Goncalves menyamakan kedudukan dari sepakan penalti.
Sebelum itu pada awal perlawanan pemain Copenhagen bengang kerana pengadil tidak memberikan penalti selepas bola dari McTominay terkena tangan Maguire.
United telah memberikan sepakan penalti dalam keempat-empat perlawanan Liga Juara-Juara mereka dan Ten Hag percaya tiga daripadanya boleh dipertikaikan.
“Kami sangat kecewa dan kerana anda bermain dengan sangat baik,” kata Ten Hag. “Saya rasa kami memulakan permainan dengan baik, 10 minit terbaik musim ini, kami dalam landasan terbaik untuk memenangi perlawanan dan kad merah mengubah segala-galanya.”
“Kami melepaskan dua gol sebelum separuh masa yang tidak sepatutnya dikira. Pertama ofsaid, kedua penalti. Penalti dalam empat perlawanan, empat penalti kepada lawan kami, saya katakan tiga daripadanya sangat boleh dipertikaikan.”
“Yang pertama adalah gol ofsaid, ada pemain di hadapan Andre. Yang kedua seperti handball, tetapi ia begitu dekat dan tangan berada dalam kedudukan normal.”
🔴👀 Ten Hag: “You can see that there’s a player in front of Onana in an offside position on Copenhagen first goal…”.
“Not only tonight. We have to deal with many decisions against us in other games”, told TNT. pic.twitter.com/Igk1VBVc74
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 8, 2023
“Ia seperti Christian Eriksen di Munich, apa yang anda boleh lakukan dengannya? Juga untuk Scott McTominay (menentang Copenhagen di Old Trafford), ia sangat boleh diperdebatkan. Permainan tidak boleh seperti ini, ia mesti mempunyai aspek objektif tertentu dan bukan begitu.”
Ten Hag turut mengkritik proses VAR yang membawa kepada penyingkiran Rashford. Skrin besar di Stadium Parken menunjukkan pemeriksaan telah tamat tetapi pengadil Lithuania, Donatas Rumsas kemudian memeriksa monitor.
Ulang tayang cabaran itu dibingkaikan semula dan diperlahankan, dan Ten Hag tidak gembira dengan pengadil yang mengambil masa terlalu lama mencari kesalahan pada insiden itu dan memberikan Rashford kad merah.
🚨 Ten Hag: “The referee has so long to make it a red card…”.
“The game is never meant to be like this, this has nothing to do with football”.
“Decisions have to be made, I accept. Three tough decisions”.
“I take positives. Even with 10 men, we are dictacting the game”. pic.twitter.com/htn0TBm1m1
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 8, 2023
“Pengadil mengambil masa terlalu lama dalam memutuskan sama ada ianya kad merah. Perlawanan bola sepak tidak seharusnya begini. Ini tiada kaitan. Keputusan harus dibuat dengan tegas, saya menerimanya. 3 keputusan yang sukar.”
“Saya mengambil positif daripada perlawana ini, dengan 10 pemain kami masih boleh mengawal perlawanan.”