Ten Hag Berdepan Tindakan FA Selepas Mengkritik Pengadil Secara Terbuka Dan Tidak Berlapik

Erik Ten Hag kiin mendedahkan dirinya kepada risiko. Ini selepas pengurus asal Belanda itu dengan terbuka mengecam mutu pengadilan Anthony Taylor dalam aksi antara Manchester United menentang Southampton.

Ten Hag merasakan bahawa pengadilan teruk daripda Taylor menjadi punca kenapa Man United keciciran mata di Old Trafford.

Erik Ten Hag menggariskan bahawa, kad merah Casemiro adalah tidak tepat. Dia merasakan bahawa pemain Brazil itu kini dilayan dengan teruk di England.

“Casemiro telah beraksi 500 perlawanan di Eropah dan dia tak pernah menerima kad merah. Tetapi musim ini, dia sudah mengutip 2 kad merah dalam EPL,” kata Ten Hag yang tidak faham bagaimana pengadil boleh menukar kad kuning kepada merah selepas melihat VAR.

Selain itu, Erik Ten Hag merasakan bahawa pasukannya berhak mendapat sekurang kurangnya 2 penalti yang jelas.

Insiden pertama melibatkan Kyle Walker Peters yang menjatuhkan Bruno Fernandes dalam kotak penalti.

Dan yang kedua adalah ketika Armel Bella-Kotchap mengendalikan bola dengan tangannya di dalam kotak penalti.

Situasi tersebut membuatkan Ten Hag sudah tak tahan lagi dan tidak cakap berlapik dengan wartawan.

“Perlawanan ini dipengaruhi oleh pengadil.”

“Pujian kepada pemain saya yang kuat secara fizikal dan mental untuk bermain 10 pemain dan meraih 1 mata daripada perlawanan ini,” tambah ETH.

Kemudian bercakap tentang Casemiro, Ten Hag menegaskan bahawa mereka akan mencari solusi mengisi kekosongan ditinggalkan pemain veteran itu.

Pada masa yang sama menanggap pengadil di England tidak adil ke atas pemain itu. Dia mendesak agar VAR lebih konsisten selepas ini.

“Kehilangan Casemiro bukan isu untuk kami. Kerana kami akan mencari cara untuk mengatasinya. Namun dia telah beraksi 500 aksi di Eropah tanpa menerima sebarang kad merah. Kini dia sudah ada 2 kad merah dalam Liga Perdana Inggeris,” tegas Ten Hag.

Komen Ten Hag itu dianggap akan membuatkan pengurus itu berdepan tindakan daripada FA. Ini kerana di England, adalah satu kesalahan mengkritik pengadil secara terbuka.

Man United terikat seri tanpa jaringan di OId Trafford. Walaupun beraksi 10 pemain menentang Southampton, United tetap memberikan tentangan sengit.

Ianya dianggap satu perlawanan menghiburkan daripada kedua dua pasukan.

United selepas ini akan fokus kepada aksi Liga Europa menentang Real Betis – aksi kedua peringkat 16 akhir – yang mana mereka mendahului 4-1 secara agregat.

Seterusnya, pemburuan piala oleh Man United diteruskan lagi dalam aksi suku akhir Piala FA menentang Fulham.

 

Baca yang lain