Ten Hag Beri Amaran: ‘Tiada Layanan Istimewa Buat Ronaldo Dan Bintang Lain’

Erik Ten Hag menegaskan bahawa belliau tidak akan melakukan perubahan dalam pilihan gaya pemainnya hanya untuk menyenangkan hati nama besar dalam skuadnya.

Antara perkara yang cuba dilakukan oleh Ten Hag adalah mengembalikan kuasa veto pada pengurus. Ini hanya akan dapat dilakukan jika Ten Hag diberikan kuasa mutlak dalam pengurusan pemain termasuk kata akhir dalam jual beli pemain.

Sejak bertahun tahun lamanya selepas era Sir Alex Ferguson, Man United berdepan dengan karenah diva para pemain bintang mereka.

Erik ten Hag telah memberi amaran kepada Cristiano Ronaldo dan bintang bintang besar Manchester United yang lain bahawa dia tidak akan mengubah pendekatan taktikalnya untuk memenuhi keperluan mereka, menegaskan bahawa dia berhasrat untuk membina pasukan mengikut imejnya sendiri.

Sebelum ini legenda Manchester United, Rio Ferdinand mendapati bahawa di kem United ada masalah dengan pemain dan ejen pemain yang kepala besar. Di mana mereka suka pengurus melayan mereka dengan lebih istimewa daripada yang lain.

Tetapi bagi Belanda itu yang menggantikan bos sementara Ralf Rangnick pada penghujung musim, sudah menegaskan bahawa beliau akan membina pasukan berdasarkan sistem permainan yang dimahukannya bukannya berasaskan seseorang pemain tertentu.

Ten Hag rasminya meninggalkan Ajax dan mengikat kontrak di Old Trafford bersama Red Devils.

Dia akan mewarisi skuad yang tidak kurang hebatnya sarat dengan nama besar. Ini termasuk legenda Portugal Ronaldo – tetapi bercakap sekarang sebelum ketibaannya, Ten Hag berkata bahawa dia akan berpegang pada kaedah dan prinsipnya yang dimahukan beliau dan bukannya mengubahnya falsafahnya semata mata kerana tunduk dengan nama pemain besar.

Ten Hag menjawab persoalan yang diajukan kepadanya, apa yang dia akan lakukan ketika mengendalikan superstar seperti Ronaldo di dalam pasukannya.

Ten Hag berkata: “Saya fikir begitu, tetapi saya akan sentiasa menjadi diri saya sendiri.”

“Saya tidak akan mengubah pandangan saya mengenai gaya kejurulatihan. Jenis pemain yang anda tentukan cara anda bermain, tetapi saya mengawal apa tugasan yang saya mahukan daripada para pemain.”

“Saya yang akan menentukan apa tugasan yang perlu dilakukan oleh pemain. Jika seseorang tidak melaksanakan tugasan mereka sebaiknya, maka dia akan dimaklumkan tentang perkara itu, tidak kira siapa pun. Saya tidak akan berkompromi dengan itu. ”

“Sebelum saya menandatangani kontrak [bersama Manchester United] saya sudah membuat permintaan berkaitan dengan cara saya mahu bekerja.”

“Jika permintaan tersebut tidak dipersetujui mereka, maka saya tidak akan menandatangani kontrak dengan kelab.”

“Hasil akhirnya adalah atas tanggungjawab saya dan saya akan dinilai berdasarkan keputusan yang dicapai pasukan. Saya tidak mahu menjadi diktator, saya mahu bekerja berpasukan, tetapi saya mahu bersuara dalam perpindahan pemain, itu adalah syarat untuk saya. .”

Ten Hag memasuki kelab yang bergelut untuk membawa kejayaan semula kepada Manchester United seperti pada masa yang lalu.

Ten Hag turut mengakui bahawa akan ada tekanan segera untuk mendapatkan prestasi terbaik, serta sedar bahawa kejayaan tidak akan terus datang dengan segera.

Ten Hag menegaskan bahawa beliau sudah masak dengan dunia bola sepak. Di mana kritikan sentiasa akan ada. Fokus pasukan hanyalah untuk terus mencipta kemenangan demi kemenangan ketika di atas padang.

“Saya sedar perkara itu,” tambahnya. “Anda hanya perlu menang, jika tidak anda akan dihakimi. Dan ia tidak akan pernah ada penghujungnya.”

“Sebagai contoh, Ajax mendapat lebih banyak mata setiap perlawanan selepas cuti musim sejuk berbanding sebelum ini, tetapi pandangan orang ramai ialah kami lebih baik pada separuh pertama musim ini.”