Ten Hag Jamin Maguire Dalam Perancangannya: “Dia Pemain Yang Hebat!”

Erik ten Hag telah bercakap tentang Harry Maguire. Di mana pengurus itu memuji Harry Maguire sebagai pemain yang sangat hebat.

Kenyataan itu sekaligus membuatkan peminat United merasakan bahawa Harry Maguire mungkin akan terus menjadi kapten pasukan mereka.

Erik Ten Hag bagaimanapun kekal dengan pendiriannya sebelum ini bahawa dia akan menilai sendiri jawatan kapten di United.

Ini bermakna Harry Maguire masih belum terjamin akan menjadi kapten pasukan United pada musim ini hadapan. Cuma dia sedikit lega kerana pengurus tersebut masih meletakkan namanya dalam senarai untuk menjadi kapten.

Ten Hag berkata: “Musim baharu, adalah musim, berbeza.”

Menurut Ten Hag, Harry Maguire telah mencapai banyak kejayaan sepanjang kariernya terutama sekali bersama Man United. Dia juga merupakan bek tengah yang banyak menyumbang kepada Manchester United.

Jadi, Ten Hag ada alasan kukuh untuk tidak sabar sabar mahu bekerjasama dengan Harry Maguire. Sekaligus menepis sebarang spekulasi bahawa Ten Hag mungkin akan menjual pemain itu.

“Dia [Harry Maguuire] melakukan tugasnya dengan hebat sekali. Dia pemain yang hebat. Mencapai banyak dengan sumbangannya kepada Manchester United. Saya sudah tak sabar sabar nak bekerjasama dengan beliau.

Komen Ten Hag itu tidak disenangi segelintir penyokong Manchester United.

Harry Maguire musim ini kerapkali menjadi pemain yang dikritik oleh penyokong Manchester United. Malah ramai yang menganggap Maguire terlalu jauh standardnya untuk menjadi kapten Manchester United.

Pemain bek tengah England itu dibeli dengan nilai £80 dari Leicester pada 2019. Dan kini sudah memiliki 42 kaps bersama England.

Maguire mengepalai pertahanan Man United dan melepaskan bolos sangat banyak sehinggakan mereka mencatatkan perbezaan jaringan sifar.

Pandangan Erik Ten Hag tentang Maguire ini juga selari dengan laporan sebelum ini yang menyatakan bahawa Ten Hag mahu menjadikan Maguire sebagi asas penting dalam pertahanan pasukannya.

Di mana Manchester United kini sudah merancang untuk menjual beberapa nama dari bahagian pertahanan mereka. Ini termasuk Aaron Wan Bissaka dan juga Erik Bailly.

Kedua dua pemain tidak berada di dalam perancangan Ten Hag untuk musim hadapan.

Namun itu tidak bermaksud Man United meletakkan harga lelong rendah kaw kaw untuk dua pemain itu. Misalnya untuk Aaron Wan Bissaka, United hanya akan mendengar tawaran bermula £40 juta.

Ini kerana mereka membeli pemain itu dengan nilai £50 juta sebelum ini.

Dalam sidang media yang sama, Ten Hag berkata beliau mahu menamatkan dominasi Klopp dan Guardiola di EPL.

Misalnya musim ini Manchester City hanya 1 mata di atas Liverpool dan jarak di antara Liverpool dengan pasukan di tangga ketiga sangat jauh.

Menurutnya semua pengurus di EPL pun memiliki tekad yang serupa iaitu untuk membunuh dominasi 2 pengurus itu, bukan beliau sahaja.

Ten Hag menambah:

“Klopp dan Guardiola pengurus yang berkelas dunia. Pada masa ini, saya menyukai mereka berdua. Mereka bermain dengan bola sepak yang mengagumkan.”

“Namun kita seringkali melihat sesuatu era itu pasti akan berakhir. Dan saya sudah tak sabar sabar untuk mencabar mereka.”

“Saya pasti semua pasukan lain pun mahu melakukannya [menghentikan dominasi Guardiola dan Klopp].

Erik Ten Hag kemudian berharap mereka akan dapat melakukan tugas mereka dengan pantas dan cekap dalam jendela perpindahan kali ini.

Ten Hag dikatakan mahukan pemain bek tengah, pemain tengah dan penyerang untuk dibawa masuk.

Nama Frenkie De Jong dan Antony menjadi dua nama yang kuat dikaitkan dengan United pada ketika ini.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan