Ten Hag Berpendapat Pian Tidak Cukup Bagus Untuk United

Pengurusan Man United dikatakan sudah mencapai kata putus untuk masa depan Sofyan Amrabat yang dipinjam dari Fiorentina.

Di mana Ten Hag dan kejurulatihannya dikatakan menganggap Sofyan Amrabat tidak cukup bagus untuk dibeli secara tetap.

Amrabat mendapat pujian luar biasa ketika Piala Dunia 2022 kerana cemerlang bersama dengan Maghribi. Dia antara pemain  terbaik Piala Dunia 2022 yang lalu.

Dia mendapat tawaran daripada Atletico dan Barcelona pada pertengahan musim lalu namun Amrabat menolaknya kerana dia menantikan tawaran dari Man United. Amrabat memutuskan untuk kekal di Fiorentina dan membantu kelab itu mara ke final UECL, tetapi tewas di tangan West Ham.

Sebelum ini Ten Hag mahukan Ryan Granvenberch dari Bayern Munich. Namun pemain itu disambar Liverpool. Akhirnya Man United mendapatkan Sofyan Amrabat yang menyatakan minat dia menyertai Man United.

Amrabat sebenarnya turut dikaitkan dengan Liverpool. Tetapi pemain itu menyatakan dia hanya berminat ke Man United.

United kemudian mendapatkan pemain itu secara pinjaman £8.5 juta dengan obligasi kontrak tetap sekitar £21.5 juta lagi. Pasukan medikal Man United mendapati pemain itu tidak melepasi ujian kecergasan. Namun mereka tutup mata kerana pemain itu dijangka akan cergas sepenuhnya dalam masa terdekat.

Lagipun Man United benar benar memerlukan seorang pemain tengah untuk mengisi squad depth mereka.

Amrabat disahkan tiba dengan kecederaan di United dan terlepas beberapa aksi untuk debut pada. Dia hanya membuat debut pada 23 September. Dia membuat dua penampilan dalam kesebelasan utama tetapi kedua duanya dia digantikan pada separuh masa.

Dia juga menjadi bidan terjun bermain di posisi bek kiri kerana kecederaan Luke Shaw dan beberapa pemai  lain. Dia cemerlang bermain di posisi itu, malangnya Ten Hag tidak mencari pemain untuk bek kiri kerana selepas ini Luke Shaw dan Malacia akan kembali.

Ten Hag dikatakan tidak berpuas hati dengan prestasi Amrabat yang kurang memahami kehendak taktikalnya. Selain itu pemain itu juga memiliki rekod kecergasan yang merisaukan Ten Hag.

Fiorentina sudah menjangkakan pemain itu akan kembali semula ke kelab mereka selepas tamat musim ini. Dengan Ten Hag akan beralih kepada sasaran yang lain. Selain itu pengurus asal Belanda itu juga benar benar berpuas hati dengan kebangkitan Scott McTominay dalam beberapa bulan terakhir ini.

Peminat Man United berbelah bagi tentang perkara ini. Ada yang menyatakan United akan menyesal melepaskan peluang mendapatkan Amrabat. Dia bukan tak bagus namun dia tiba ke dalam pasukan yang masih bergelut dengan isu keserasian.

Seorang lagi berkata, Amrabat tidak seharusnya dilayan sebegitu. Kerana dia telah menjadi mangsa kepada situasi tidak terurus di United. Dia beberapa kali diarahkan bermain di posisi yang bukan posisi utama di bek kiri. Selain itu dia masih lagi dalam proses mendapatkan kecergasan optimum.

“Terlalu awal untuk kita menilai Amrabat,” kata Alice lagi.

Namun ada juga yang setuju bahawa United harus melupakan Amrabat kerana dia bukan pemain yang bernilai £30 juta.

Tetapi ramai percaya Amrabat akan berjaya menggunakan kesempatan pada bulan bulan terakhirnya untuk memikat hati Ten Hag agar mendapatkannya secara tetap.

Ini kerana Amrabat seorang fans tegar United, dan dia pasti akan cuba sedaya upaya untuk memastikan Ten Hag akan berubah hati dan mendapatkannya secara tetap.