Erik Ten Hag memberitahu bahawa perubahan gaya hidup dan disiplin Marcus Rashford adalah kunci kepada peningkatan prestasi pemain itu sekarang. Rashford berdepan krisis prestasi setelah menandatangani kontrak lumayan musim lalu dengan menerima £300 ribu seminggu.
Dan prestasinya sepanjang musim lalu benar benar meresahkan peminat. Namun Ten Hag sentiasa percaya dengan kualiti pemain itu. Seringkali menurunkannya apabila tersedia.
Prestasi hambar Rashford musim lalu kerana gaya hidup dan masalah disiplin pemain itu. Dia pernah direhatkan daripada kesebelasan utama kerana lambat datang ke latihan kerana parti liar selama 12 jam.
Kemudian dia pernah pergi berparti harijadi sampai subuh selepas kalah dalam Derbi Manchester. Dia beberapa kali lambat datang ke latihan.
Ten Hag musim lalu dianggap pilih kasih dengan Rashford. Dan membandingkan layanannya dengan Jadon Sancho. Pengurus itu menyatakan: “Beza Rashford dengan Sancho. Dia datang kepada kami dia akui salah dan minta maaf. Dan dia terima hukumannya.”
Musim ini Ten Hag menegaskan bahawa pemain itu sudah berubah lebih baik. Dia kini kembali berdisiplin dan kesannya, dia sudah mencetak beberapa gol dalam beberapa perlawanan terakhir.
Bercakap kepada sidang media sebelum aksi EPL minggu ini, Ten Hag berkata: “Saya rasa dia sentiasa tahu. Setiap pemain tahu, apabila gaya hidup anda tidak betul, anda tidak boleh beraksi dalam liga yang perlu kami lalui.
“Anda tidak mendapat tahap yang betul apabila anda tidak mempunyai kehidupan yang baik dan berdisiplin jauh dari Carrington.
Rashford telah mendapat manfaat daripada sokongan Ten Hag dan bimbingan pembantunya, bekas penyerang United, Ruud van Nistelrooy.
“Mungkin dia memerlukan bantuan, dengan menyokongnya, itu contoh,’ tambah pengurus United itu.
“Pada akhirnya, dia perlu melakukannya sendiri. Dia harus menetapkan hidupnya dengan betul, sikap latihannya betul, sikap perlawanannya betul. Apabila dia menetapkan profesionalismenya, dia akan beraksi kerana dia adalah pemain kelas dunia.
“Marcus Rashford tahu apabila terdapat kemunduran bagaimana untuk mendapatkan rentak dalam perlawanan, bagaimana untuk menetapkan kerjayanya, prestasinya. Dia mengawalnya dan saya rasa dia dalam perjalanan untuk kembali ke prestasi asalnya.
“Dia telah memulakan musim dengan sangat baik sekarang dia perlu meneruskan dan untuk maju.”