Ten Hag Dedah Mount Bukan Pemain Buangan Chelsea Namun Dia Yang Tinggalkan Chelsea.

Erik Ten Hag mendedahkan bahawa, Chelsea sebenarnya telah kehilangan Mason Mount kepada Manchester United – kerana pemain itu sendiri mahu menyertai Red Devils.

Chelsea ada menawarkan lanjutan kontrak kepada Mason Mount namun ditolak pemain itu yang sudah memutuskan mahu menyertai Manchester United.

Mount merupakan pemain graduan akademi Chelsea. Bakatnya kemudian ditonjolkan lagi oleh Frank Lampard ketika menjadi pengurus. Lampard turut meminjam Mason Mount ketika di Derby County. Ketika Lampard dilantik menjadi pengurus Chelsea, dia telah menjadikan Mount sebagai pemain utamanya. Mount berjaya mendapat panggilan skuad kebangsaan.

Namun pemain itu kemudiannya mahu menukar angin dalam kariernya. Projek Erik Ten Hag di Manchester United benar benar menarik perhatiannya. Pengurus asal Belanda itu berjaya memenangi tandatangan Mount yang ketika itu turut menjadi sasaran banyak kelab besar lain terutama di England.

Man United akhirnya menyelesaikan perpindahan £60 juta untuk membeli Mason Mount. Namun sayangnya pada musim pertamanya di United dia mengalami kecederaan pada awal musim.

Kini dia sudah pun kembali beraksi semula. Dan Ten Hag menjangkakan Mount akan menjadi nadi penting pasukannya selepas ini. Ten Hag turut menepis dakwaan kononnya Man United telah membeli pemain buangan yang tidak dikehendaki Chelsea.

Sebaliknya Man United sebenarnya berjaya mendapatkan permata yang sangat disayangi Chelsea. Ten Hag berkata: “Saya tak rasa Chelsea mahu menjual Mason Mount.

“Mereka [Chelsea] berusaha untuk mengekalkannya dan menawarkan dia kontrak baharu banyak kali [rundingan dibuat antara mereka].

“Namun dia mahu membina langkahnya dan menyertai Manchester United.”

Mount sebelum ini berjaya mencetak gol dalam aksi menentang Brentford pada masa kecederaan. Sayangnya kealpaan pertahanan United membuatkan Mount gagal menjadi penjaring gol kemenangan. Kerana gol pada masa kecederaan itu disamakan lawan mereka kira kira 3 minit kemudian sebelum wisel penamat dibunyikan.

Misi Mount kini adalah membantu United layak ke Liga Juara Juara Eropah musim hadapan. Dan satu lagi misi Mason Mount adalah cuba menempatkan diri dalam penerbangan ke Jerman bersama England untuk aksi Euro. Mount sebelum ini menjadi antara pemain yang kerap dipanggil oleh Gareth Southgate.

 

Baca yang lain