Marcus Rashford telah dikenakan tindakan sekali lagi atas kesalahan yang sama iaitu pergi ke kelab malam sehingga lewat pagi. Beberapa bulan lalu pemain itu juga pergi ke kelab malam selepas pasukannya kalah dalam aksi derbi.
Ten Hag ketika itu mengesahkan kelab sudah mengenakan tindakan secara dalaman ke atas pemain itu. Namun/ dia tidak digantung kerana sudah meminta maaf di atas kesalahan beliau.
Rashford tidak terlibat dalam aksi berikutnya, tetapi Ten Hag menegaskan bahawa ianya kerana pemain itu kurang cergas bukannya sebab dia digantung.
Terbaru Marcus Rashford sekali lagi berfoya foya di kelab malam di Belfast. Dia berparti sampai pagi tak balik pada Khamis. Pada Jumaat di tidak dapat berlatih kerana sakit. Dia dikatakan tidak dapat melapor diri pada masa itu.
Ini kerana dia telah minum sampai mabuk sebelum dia menaiki jet peribadi pulang ke Manchester.
Tindakan Rashford itu benar benar mengecewakan peminat dan juga legenda kelab itu Paul Scholes yang mengecamnya.
Rashford and Evans are doubts vs Newport through the latest cases of illness.
ETH also confirms that United won't be replacing Martial due to FFP. Admits it's a problem.
Hojlund – a 20yo – is his only striker. Feels like an acceptance that the season's a write-off to me.
— Alex Turk (@AlexCTurk) January 26, 2024
Manchester United sudah mengeluarkan kenyataan paa malam Isnin menyatakan bahawa Rashford sudah pun berdepan dengan satu lagi tindakan disiplin dan siasatan dalaman oleh kelab.
Dan sekali lagi pemain itu mengelak daripada penggantungan. Hal ini kerana pemain itu mengakui bersalah dan bertanggungjawab di atas kesilapannya.
Apa yang turut dilaporkan dari England, pemain itu benar benar mengecewakan Ten Hag dan mencabar kesabarannya.
Ten Hag pengurus yanag sangat tegas dalam isu disiplin. Cristiano Ronaldo dan Jadon Sancho antara dua bintang nama besar yang disingkirkan daripada pasukan kerana isu disiplin.
Sancho kini berada di Dortmund secara pinjaman. Sementara Abang Do terus ditamatkan kontrak oleh kelab.
Man United sudah mengesahkan bahawa kes disiplin Rashford sudah pun ditutup dan pemain itu akan kambali fokus untuk mengejar matlamat pasukan mereka musim ini.
🚨 BREAKING: Manchester United statement on Marcus Rashford.
“Marcus has taken responsibility for his actions”.
“This has been dealt with as an internal disciplinary matter, which is now closed”.
↪️ Rashford, back to training and available for selection. pic.twitter.com/3Qy1jRaWlR
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 29, 2024
Peminat tetap merasakan bahawa Ten Hag seolah olah takut dengan Rashford, Ini kerana dia sangat tegas dengan pemain lain. Namun dianggap menikus dengan Rashford.
Nama Sancho tiba tiba trending di Twitter. Peminat membandingkan layanan yang diterima Rashford berbanding Sancho masih tetap tersedia untuk skuad.
Rashford tidak dikenakan sebarang penggantungan daripada pasukan utama walaupun beberapa kali melanggar peraturan disiplin.
Pada Januari 2023, dia pernah melanggar peraturan kerana lewat untuk hadir ke taklimat pasukan. Ketika itu Ten Hag menyisihkannya ke bangku simpanan. Dia menebus kesalahannya dengan menjaringkan gol kemenangan ketika masuk sebagai pemain gantian menentang Wolves.
Ten Hag dengan tegas berkata semua pemain tidak kira mereka bintang atau tidak, tertakluk kepada peraturan disiplin ketat. Atau mereka dikenakan tindakan. Dia pada masa itu memaafkan Rashford dan memuji pemain itu memberikan respon dengan menjaringkan gol setelah dimasukkan dari bangku simpanan.
Ronaldo fined + forced to train with U21 for leaving the pitch 2 minutes earlier.
Sancho dropped + forced to train with U21 because of a tweet.
Meanwhile, Rashford goes clubbing and doesn’t report for training… guess what?
“He is available for selection on Thursday.”
— Martien 🇳🇱 (@MartienBall) January 29, 2024
Seorang lagi berkata: “Ianya dianggap isu dalaman apabila tiba pada Rashford. Dikira isu umum apabila Sancho dan Ronaldo. Pilih kasih.”
Internal matter when it’s Rashford
Public matter when it’s Sancho and Ronaldo
Double standards. https://t.co/vG5VeFrNpn
— • (@svenxt_) January 28, 2024
Ada juga peminat meminta kelab mendapatkan penyerang baharu dan menggantikan sahaja Marcus Rashford yang tidak menunjukkan prestasi terbaik sejak awal musim ini.
Manchester United sudah menyatakan sebelum ini bahawa mereka tidak akan membawa mana mana pemain lagi masuk dalam jendela perpindahan kerana isu dengan FFP.
Man United mahu memastikan akaun FFP mereka stabil untuk memudahkan mereka berbelanja musim hadapan.