Pengurus Manchester United, Erik ten Hag akhirnya bersuara mengenai isu Jadon Sancho selepas pemain sayap itu diletakkan dalam program latihan peribadi.
Sancho terlibat dalam perbalahan terbuka dengan pengurus itu berikutan kegagalannya untuk memasuki skuad pada hari perlawanan menentang Arsenal.
Ten Hag berkata pemain sayap itu tidak disertakan kerana prestasi latihannya yang tidak memuaskan – alasan itu jelas tidak diterima oleh Sancho yang terus mengkritiknya di media sosial.
Ten Hag dan Sancho awalnya dilihat sudah cuba berbincang untuk menjernihkan keadaan. Ianya selepas post twitter kontroversi itu dipadam oleh Sancho.
Malangnya laporan terbaru menyebut kedua duanya masih tak sehaluan. Sancho enggan meminta maaf kepada pengurusnya dan membuatkan pemain itu kekal diasingkan daripada skuad utama.
Ten Hag benar benar mahu memberikan peluang untuk memasukkan semula Sancho ke dalam pasukan hanya dengan permohonan maaf.
Tetapi pemain itu menegaskan dia lebih rela untuk terus diasingkan dan berlatih sendiri berbanding meminta maaf kepada Erik Ten Hag.
Pada Khamis, United mengeluarkan kenyataan ringkas kelab yang berbunyi: “Jadon Sancho akan kekal dalam program latihan peribadi di luar kumpulan pasukan utama, sementara menunggu penyelesaian isu disiplin skuad.”
Laporan dari Manchester Evening News mendakwa Sancho ‘terbuka untuk meninggalkan’ Old Trafford pada Januari jika Ten Hag tidak mahu menggunakan khidmatnya.
Sebelum ini Sancho menolak perpindahan ke Arab Saudi pada deadline day.
Bercakap dalam sidang akhbarnya menjelang pertembungan Liga Perdana United Inggeris menentang Brighton hujung minggu ini, Ten Hag ditanya mengenai perbalahan antara dia dan Sancho.
Ten Hag dilihat mengelak sama sekali daripada menyebut nama Jadon Sancho. Dia malah hanya mengulas prestasi pasukannya secar kerseluruhan.
Erik ten Hag was asked about Jadon Sancho's availability for this weekend.
He wasn't giving much away…#BBCFootball pic.twitter.com/x9uRlSwc94
— BBC Sport (@BBCSport) September 15, 2023
Ten Hag berkata: “Kami sedang berusaha untuk memberikan tindak balas [selepas kekalahan menentang Arsenal].”
“Saya fikir kami bermain dengan sangat baik menentang Arsenal. Kami berlatih dengan sangat baik, kami bekerja dengan sangat baik. Sekurang-kurangnya, kami perlu mendapat keputusan seri di sana, saya fikir kami sepatutny menang di sana. Tetapi kami gagal.”
“Kami bersedia untuk melawan Brighton, dan kami mempunyai banyak tenaga. Kami akan menghadapi perlawanan perlawanan yang berkualiti, jadi kami bersedia untuk itu.”
Apabila ditekan dengan soalan berkata Sancho sekali lagi, dia menambah: “Saya rasa segala-galanya telah diperkatakan. Seperti yang saya katakan, skuad kami kuat, skuad berada dalam semangat yang baik, mood yang baik. Dan kami sedang bersedia untuk memasuki gelanggang persaingan.”
“Kadang-kadang anda mengalami kemunduran dalam beberapa situasi, pemain cedera atau pemain lain atas sebab tertentu tidak tersedia untuk bermain.”
“Itulah sebabnya anda membina skuad. Skuad ini sangat bagus, pemain yang tersedia sangat bermotivasi dan mempamerkan prestasi yang baik,” kata Ten Hag yang kelihatan menyindir Sancho bahawa pemain yang ada cukup bagus.
Ketika ditanya sama ada dia merasakan dia mempunyai kewajipan untuk bersifat lebih kepada ‘bapa’ kepada beberapa pemain United, dia berkata: “Dengan generasi ini, ia mengenai pembinaan pasukan dan dinamik kumpulan. Ia sentiasa mengenai pasukan – pasukan sentiasa di atas segalanya.”
“Tetapi dalam pasukan, semua orang memainkan peranannya, semua orang berbeza, ada watak berbeza. Anda perlu menguruskan watak itu. Tetapi pasukan akan sentiasa di atas segala-galanya.”
“Kelab itu yang meminta saya melakukannya, kerana terdapat budaya yang tidak baik sebelum musim lalu. Jadi saya datang untuk menetapkan beberapa standard. Itulah yang saya lakukan. Tugas saya untuk mengawal standard tersebut.”
Erik ten Hag on Antony/Sancho cases: “Strict lines is what the club asked me because there was no good culture before last season”. 🔴 #MUFC
“So it’s important to to set good standards, that is what I did and it is my job to control the standards”.
“Team is above everything”. pic.twitter.com/pwjEanmmJL
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 15, 2023
“Bagi pemain dan kakitangan, ada struktur, jika mereka melampaui batasan itu, maka kamu harus terus kuat.”