Ten Hag: “Gol Garnacho Tak Ofsaid, Penalti Kami Dinafikan, Evans Dikasari”

Erik Ten Hag membidas kualiti pengadilan ketika aksi antara Arsenal dan Man United. Di mana dia memuji prestasi pasukannya, namun segalanya serba tak memihak kepada Man United di mata pengadil.

Ten Hag menganggap kualiti pengadilan yang teruk telah membantu Arsenal menang dalam perlawanan ini. Dan Man United adalah mangsa pengadilan lemah itu.

Ten Hag menganggap mereka berhak mendapat sesuatu yang lebih baik daripada perlawanan ini berbanding kekalahan.

Malangnya segalanya ibarat serba tak kena buat Manchester United.

Hal ini kerana United telah menunjukkan gaya permainan yang memuaskan, menurut pengurus asal Belanda itu.

Ten Hag tidak dapat menahan rasa marah dan bengang kerana gol Garnacho dibatalkan VAR kerana ofsaid.

Sedangkan menurutnya, gol itu bersih dan tak ofsaid. Malangnya, dari sudut pandangan lain ianya kelihatan seperti ofsaid.

Seterusnya Ten Hag juga menganggap pengadil lemah tidak melihat Jonny Evans dikasari sebelum gol kedua.

Ten Hag berkata: “Saya fikir kami bermain permainan yang sangat bagus tetapi segala-galanya tidak berpihak kepada kami.”

“Ia bukan ofsaid [untuk Garnacho]. Ia adalah dari sudut pandangan yang salah. Ia adalah penalti untuk Hojlund [yang dikasari], kemudian kami melepaskan satu gol di mana mereka mengasari Jonny Evans – jelas dan nyata.”

Dalam aksi di Emirates, The Gunners melakukan kebangkitan epik untuk memenangi pertembungan penting Liga Perdana Inggeris.

Marcus Rashford membolehkan pasukan pelawat mendahului pada minit ke-27.

Pemain itu sempat melakukan gaya skil lincah untuk memintas masuk dan melencongkan bola melepasi Aaron Ramsdale.

Tetapi ia dibalas serta-merta hasil gol penyamaan oleh Martin Odegaard yang melakukan drive shot rendah menewaskan Andre Onana yang kemudian meminta rakan rakannya bertenang dan tak perlu gelabah.

Declan Rice dan Gabriel Jesus kemudian menjaringkan gol pada masa kecederaan untuk mengesahkan tiga mata untuk minit pasukan Arsenal selepas gol Garnacho dibatalkan.

Man United United pulang hampa dengan kekalahan 3-1 di tangan musuh tradisi mereka. Skuad Mikel Arteta terus membuktikan kenapa mereka akan sekali lagi menjadi pencabar kejuaraan.