Ten Hag Hukum Pemain & Dirinya Sendiri Ganti 13.8KM Larian Selepas Aksi Brentford, Hasilnya Mereka Atasi Liverpool 3.18KM

Selepas tamat aksi memalukan menentang Brentford, Ten Hag mengkritik pemainnya sebagai malas berlari. Dan lebih menarik di pusat latihan pada keesokan harinya, dia meminta para pemainnya menggantikan balik larian yang mereka mengelat ketika berdepan Brenfford.

Di mana Man United kurang 13.8km larian berbanding Brentford. Maka baki larian itu harus dibayar segera pada sesi latihan.

Awalnya ada pemain yang dikatakan merungut. Namun Erik Ten Hag menegaskan hukuman itu bukan untuk pemain sahaja. Tetapi termasuk dirinya sendiri.

Ten Hag telah menyertai pemain berlari larian sejau 13.8km.

Menariknya dalam aksi berdepan Liverpool, ternyata Manchester United merupakan pasukan yang mampu berlari. Mereka cuma malas sebelum ini. Ketika berdepan Liverpool pemain pemain Man United melakukan larian lebih jauh daripada jelajahan Liverpool.

Manchester United berjaya mencatatkan jumlah jarak larian terkumpul sebanyak 113.78km. Ianya 3.18km lebih daripada apa yang dilakukan pemain pemain Liverpool.

Dan 18.18km lebih daripada larian yang mereka catatkan ketika berdepan Brentford.

Peminat Man United sangat gembira melihat visual persembahan pasukan mereka yang rajin. Dan lebih teruja mendengar bahawa Ten Hag bukan sahaja pengurus dia adalah pemimpin.

Pemimpin bukan sekadar mengarah tetapi mereka memimpin, dalam kes ini, Ten Hag sendiri memimpin pemain pemainnya berlari di pusat latihan.

Gambar ini jelas sekali sesuai menggambarkan kepimpinan Ten Hag. Dia tak menjadi bos, dia menjadi pemimpin!

Jadi tak hairanlah selepas tamat perlawanan berdepan Liverpool, Ten Hag teruja sampai keluar perkataan bukan bukan menyatakan pasukan mereak boleh bermain bola sepak yang hebat.

Erik ten Hag telah memberikan pandangannya selepas pasukannya menang 2-1 ke atas Liverpool di Old Trafford pada malam Isnin. The Red Devils sebelum ini kalah dalam dua perlawanan pertama Liga Perdana. Namun ternyata Red Devils menjadi pasukan lebih baik dan menang ke atas musuh tradisi mereka.

Man United berjaya mengutip 3 mata hasil jaringan Jadon Sancho dan Marcus Rashford. Gol Liverpool pula adalah menerusi Mohamed Salah.

The Red Devils memutuskan untuk melakukan empat pertukaran daripada pasukan yang dibelasah 4-0 oleh Brentford minggu lalu, dengan pemain seperti Harry Maguire, Fred, Cristiano Ronaldo dan Luke Shaw semuanya tercicir daripada senarai kesebelasan utama.

Walaupun ramai meragui pemilihan pasukan oleh Ten Hag. Ternyata percaturannya menghasilkan satu aksi luar biasa di atas padang.

Sancho membuka jaringan pada separuh masa pertama, menunjukkan ketenangan yang hebat untuk melepasi Alisson Becker dari dalam kotak penalti.

Dan Rashford menewaskan Alisson pada separuh masa kedua, dengan Mohamed Salah kemudiannya menjaringkan saguhati untuk pelawat untuk mencetuskan babak akhir yang agak mencemaskan penyokong United.

Ronaldo turun dari bangku simpanan semasa menang menentang Liverpool, tetapi ten Hag menegaskan masih ada tempat untuknya di dalam pasukan utama sama seperti pemain lain.

Ten Hag ditanya mengenai persembahan daripada pasukannya selepas itu dan secara tidak sengaja telah ter-mencarut, memaksa Sky Sports membuat permohonan maaf.

Pengurus Manchester United Erik ten Hag mempunyai permulaan yang buruk untuk dua perlawanan Liga Perdana pertamanya, tetapi selepas kemenangan malam ini menentang Liverpool, penyokong mula percaya zaman kegemilangan mereka mungkin akan kembali.

Ten Hag berkata: “Kami bermain bola sepak yang persetubuhan [fxxx*g] bagus,” kata Ten Hag hasil terjemahan lebih sopan.

Hos Sky Sports, David Jones kemudian menyatakan permohonan maaf, dengan Ten Hag membuatkan Gary Neville, Roy Keane dan Jamie Carragher tergelak mendengar dia mencarut.

Ten Hag juga berkata: “Kami perlu menjadi satu pasukan, dalam semangat yang baik dan itulah yang kami lihat hari ini.”

“Saya beritahu mereka kita kena tunjukannya, jangan banyak cakap. Kita harus berjuang, beranilah.”

Ten Hag kemudiannya terus memuji penjaring gol Sancho dan Rashford, sementara turut memuji pemain seperti Raphael Varane, Lisandro Martinez dan Scott McTominay untuk persembahan mereka.

Baca yang lain