Ten Hag: ‘Ini Sangat Tak Profesional, 11 Orang Main Tak Pakai Otak’

Erik Ten Hag ternyata sangat kecewa dengan disiplin taktikal para pemainnya. Di mana menurutnya, kekalahan adalah perkara biasa dalam bola sepak, cuma cara kalah seperti di Anfield itu adalah tidak boleh diterima. Hal ini kerana, pemain hilang disiplin dan tidak bermain dengan kewarasan.

Manchester United dimalukan oleh Liverpool di Anfeld. Skuad Jurgen Klopp menang 7-0 dalam perlawanan tersebut.

Mohamed Salah, Cody Gakpo dan Darwin Nunez – trio serangan Liverpool itu masing masing menjaringkan 2 gol setiap seorang.

Sementara seorang lagi penyerang yang masuk sebagai pemain gantian, Roberto Firmino berjaya menambah 1 lagi gol lewat perlawanan.

Ianya merupakan kekalahan terbesar Erik Ten Hag sebagai pengurus setakat ini selepas mengendalikan 481 perlawanan.

Bercakap kepada media selepas tamat perlawanan, Ten Hag berkata:

“Saya tidak tahu apa yang dilakukan pemain pemain saya hari ini. Saya sudah memberitahu mereka perkara yang saya harus beritahu pemain pemain saya.”

“Saya sendiri bingung interpretasi mereka tentang perlawanan ini.”

“Kamu boleh kalah perlawanan bola sepak. Namun bukan dengan cara begini.”

“Dan juga, pada separuh masa kedua… ianya tidak profesional, tidak mewakili Manchester United.”

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Kami perlu membincangkan perkara ini. Saya melihat 11 pemain secara individu bermain tak pakai otak. Ini bukan cara Manchester United bermain.”

Ten Hag kemudian berjanji kepada penyokong Manchester United, bahawa mereka akan bangkit segera daripada kekalahan ini.

Bek kiri antarabangsa England, Luke Shaw menyatakan bahawa, sangat sukar untuk melihat semula kekalahan ini, ketika sesi taklimat post mortem pasukan selepas ini.

Namun pemain itu yakin Ten Hag akan meminta pemain melihat semula apa yang berlaku dan menunjukkan bagaimana mereka oleh belajar daripada keaiban tersebut.

Shaw berkata: “Ianya akan menjadi sukar untuk menonton semula perlawanan ini. Namun Ten Hag akan membuatkan kami semua melihat semula perlawanan ini, dan menunjukkan apa yang kami boleh pelajari daripada keaiban ini.”

Manchester United kini 14 mata di belakang pendahulu Arsenal. Impian untuk bersaing kejuaraan kelihatan sudah samar.

Bagi Liverpool. Kemenangan ini membawa mereka kepada beza 3 mata daripada 4 teratas.

Baca yang lain