Ten Hag Jelaskan Kenapa Pemain Tak Boleh Telan Pil Tidur Semasa Main Sistem Overload Ini

Erik Ten Hag dikenali dengan pengurusan taktikalnya yang sangat bagus berpandukan sistem high pressing.

Walaupun dia memiliki pasukan yang bukanlah serba bintang seperti pasukan di eropah yang lain, namun gaya taktikal beliau seringkali membantu pasukan mereka mencapai kemenangan.

Misalnya kemenangan dalam aksi berdepan Borussia Dortmund, di mana mereka menang 4-0 berdepan dengan skuad yang secara teknikalnya memiliki pemain lebih baik kalau disusun 1 v 1 di atas kertas.

Dan semalam, Ajax menang besar lagi 5-0 ke atas musuh yang juga pesaing kejuaraan liga, PSV Eindhoven.

Dalam dua perlawanan tersebut, Ajax menggunakan sistem yang sangat ofensif dari segi intensiti dan juga kuantiti.

Di mana Ten Hag mengarahkan pemainnya overload zon serangan ataupun pertahanan lawan mereka.

Overload di sini bermaksud memenuhkan zon serangan dengan pemain pemain untuk memastikan wujud situasi 1 v 1 di sesuatu koridor.

Ataupun sekurang kurangnya 3 v 4 atau 4 v 5.

Atau bahasa ringkasnya, mewujudkan terus pertarungan teknikal antara pemain Ajax dengan pemain lawan.

Ini adalah rantaian ultra offensive Ajax ketika berhadapan dengan Borussia Dortmund.

Ianya berkembang menjadi 2-3-2-3.

Dan pada fasa yang lebih ofensif, mereka boleh membentuk formasi 2-3-5 ataung 3-2-5.

Ada bunyi bunyi Guardiola kan nombor nombor itu?

Ya! Sistem overload final third ini banyak digunakan oleh Guardiola.

Oleh sebab itu Ten Hag menjelaskan bahawa, para pemainnya tidak boleh tertidur (terleka) walaupun sekejap ketika mengaktifkan sistem ini.

Kerana mereka memiliki jumlah pemain yang sedikit di belakang selepas melaburkan ramai pemain di final third.

Jika tertidur, mereka boleh diserang balas dan hancur sekelip mata, terutama sekali berdepan lawan yang ada pemain berteknikal tinggi, boleh berlari laju dan berskil tinggi.

Selepas dua kemenangan dengan margin yang besar, Ten Hag berkata: “Kita harus terus tajam. Awal 20 minit, ada beberapa pemain kita yang menelan pil tidur.”

“Kamu tidak boleh membiarkan itu berlaku.”

“Sebab kita mahu mencapai sesuatu dengan pasukan ini.”

Sistem Ten Hag ini banyak meletakkan pemain secara terus bermain 1 lawan 1 dengan pemain lawan. Dan ini adalah di mana pemain menjadi 3rd man runner ataupun extra man yang tiba tiba datang dari belakang untuk membentuk serangan berlima.

Pada kedudukan ini, mereka membentu 5 vs 4 di garisan paling bawah pertahanan lawan. Membuatkan bek tengah mulai berdepan dengan extra man serta terpecah fokus untuk marking.

Jadi berdasarkan gambar di atas, mereka adan 7 pemain yang aktif menyerang dan hanya 3 pemain yang bertahan atau holding di bawah.

Taktikal yang sama mereka gunakan ketika beraksi berdepan dengan Dortmund.

Akan sentiasa ada seorang pemain yang akan bebas ataupun memiliki ruang yang besar untuk dia kuasai [occupied].

Mana ada lesen nak tidur? Kalau hilang bola, mereka harus cuba melakukan high pressing serta merta. Kerana agak mustahil untuk kembali ke bawah secara unit dengan pantas selepas berada di zon lawan dengan jumlah pemain yang sangat ramai.

Jadi, amat penting untuk sentiasa bertindak secara taktikal dan tidak membiarkan rakan rakan berjuang seorang diri.

Misalnya dalam aksi berdepan Dortmund, sebelum perlawanan, dia menjelaskan bahawa, mereka tidak boleh memfokuskan hanya untuk seorang pemain sahaja. Sebaliknya mereka perlu memikirkan taktikal berpasukan menentang Dortmund secara berpasukan.

“Kita bukan menentang Haaland, kita menentang Dortmund. Cara kamu bercakap tentang Haaland adalah satu penghinaan kepada pemain pemain lain dalam Dortmund, mereka pasukan yang sangat kuat.”

Ditanya tentang bagaimana pemain seperti Anthony sangat bagus dalam melaksanakan tugasannya sebagai pemain penting dalam taktikal.

Ten Hag menjelaskan: “Dengan memberikan dia gambaran kepada beberapa situasi di padang latihan, meletakkan dia dalam beberapa situasi dan menunjukkannya beberapa bahan video.”

Rumusan

Ajax sebenarnya sangat berani dalam menggunakan taktikal yang memenuhkan zon lawan terutama sekali di pentas seperti UCL dan bukan setakat di Liga Belanda.

Namun pasukan yang baik akan cuba bermain taktikal dan percaya kepada sistem DNA permainan mereka.

Ajax sudah kembali kepada DNA mereka dengan memiliki corak permainan yang berasaskan total football dan dikembangkan lagi kepada sistem yang lebih kompleks.

Maka tidak hairanlah kenapa peminat peminat Barca merasakan sebenarnya BOD mereka telah menandatangani pengurus Belanda yang salah. Kerana menurut mereka, Ten Hag lebih menepati aspirasi Barca sebagai sebuah pasukan yang bermain sistem free flowing football.

Namun impak dia mungkin berbeza kalau Ten Hag berada di kelab besar dengan ramai bintang? Atau Ten Hag harus menunggu beberapa musim lagi untuk dia pergi ke kelab lebih besar?

Nikmati salah satu detik mereka bermain dengan fluid dan overloading bahagian pertahanan lawan di sini:

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di