Ten Hag Jelaskan Tentang Plan B Taktikalnya, Membawa Masuk Antony Garnacho

Manchester United berjaya mengatasi Barcelona dalam persaingan play off ke pusingan 16 akhir Liga Europa dan Erik Ten Hag memuji peranan pemain gantian pada separuh masa kedua.

Kedua-dua pasukan, Man United dan Barca sarat dengan kualiti, tetapi Man United berjaya mengatasi lawan dari Sepanyol dengan kemenangan agregat 4-3.

Di sebalik permulaan pantas United pada malam itu, Barcelona yang meletakkan diri mereka di depan selepas hanya 18 minit hasil sepakan penalti Robert Lewandowski.

Ten Hag tidak membuang masa untuk mengubah keadaan pada separuh masa kedua apabila dia memperkenalkan Antony sebagai pengganti Wout Weghorst.

Fred serta-merta membawa Man United kembali ke dalam permainan sebelum Antony menghantar percubaan cantik untuk gol kemenangan kira kira 17 minit sebelum wisel penamat.

Keputusan untuk Man United bermakna mereka akan mara ke pusingan seterusnya Liga Europa dan mereka masih kekal dalam persaingan 4 piala pada musim ini.

Ketika ditanya sama ada ini adalah kemenangan terbesar sejak dia mengambil alih di Old Trafford Ten Hag memberitahu BT Sport: “Saya rasa ya.”

“Barcelona adalah pendahulu La Liga – lapan mata di hadapan Real Madrid. Kami telah melihat apa yang dilakukan oleh Real Madrid minggu ini [menentang Liverpool]. Saya fikir ia adalah satu kemenangan besar ya kita menewaskan mereka.”

Ten Hag kemudian menjelaskan tentang perancangan taktikal beliau termasuk perubahan yang dilakukannya.

Dia memuji prestasi pemain gantian, Alejandro Garnacho dan Antony yang ternyata memberikan impak.

Antony dibawa masuk menggantikan Weghorst yang gagal memberikan impak dalam perlawanan ini.

Garnacho turut dimasukan tidak lama selepas itu. Dan pengurus itu menjelaskan sebab utama memasukkan 2 pemain itu kerana dia perlukan pemain yang berani dan hati kering.

“Satu bahagian rancangan permainan kami ialah kami boleh membawa masuk Antony dan [Alehandro] Garnacho dan membuka permainan di kawasan yang luas yang anda boleh mendapatkan kelajuan dan berlari di belakang serta menggelecek.”

“Mereka berdua begitu berani, mereka tidak takut sesiapa, mereka mengatasi lawan mereka seperti biasa dan saya fikir ia memberi rangsangan motivasi kepada seluruh pasukan.”

“Saya rasa kami mempunyai beberapa personaliti hebat dalam pasukan seperti Rafa [Varane] dan [Lisandro] Martinez, mereka tidak takut sesiapa pun. Kami mempunyai beberapa pemain di sini dengan personaliti yang hebat dan jika atau apabila anda mendapat halangan, mereka akan terus maju.”

“Mereka meneruskan, mereka berdaya tahan, mereka mahu mendapatkan keputusan. Jika anda percaya bahawa anda mampu, walaupun selepas anda menerima penalti yang mudah, anda teruskan perjuangan. Apabila anda memenangi perlawanan besar seperti ini selepas ketinggalan 1-0 ini adalah petunjuk yang baik untuk musim ini.”

Bruno Fernandes memainkan peranannya dalam kemenangan itu dan dia bersemangat tinggi selepas kejayaan mereka.

Bruno berkata: “Kepercayaan pasukan sentiasa ada dan kepercayaan peminat sangat mengagumkan,” kata pemain tengah itu kepada BT Sport.

“Mereka mendorong kami melalui detik-detik sukar untuk kebangkitan semula yang hebat. Ia adalah keputusan yang hebat tetapi kini kami mempunyai perlawanan besar pada hari Ahad.”

Fernandes bersalah kerana memberikan penalti awal, walaupun ramai peminat bersetuju bahawa ia penalti agak lembut.

Ketika ditanya mengenai keputusan itu dia menambah: “Tiada apa yang boleh saya katakan akan mengubahnya sekarang tetapi saya fikir ia agak lembut, kami berdua cuba mendapatkan bola kami berdua menggunakan tangan kami tetapi itulah yang berlaku, saya tak nak komen.”

“Mereka sentiasa betul jadi saya tidak boleh berbuat apa-apa tentang perkara itu.”

“Peminat telah bersama kami dalam saat-saat paling sukar, musim ini kami sangat bagus kerana mereka sentiasa berada di belakang kami tetapi ini adalah sesuatu yang berbeza.”

“Anda boleh rasakan antara mereka dan kami ada sesuatu yang istimewa, Old Trafford bangkit dan itulah sebabnya kami mendapat keputusan itu.”

“Apabila kami mendapat gol tepat pada permulaan separuh masa kedua, kami tahu mereka akan berada di belakang kami.”

Man United kini akan memberi tumpuan kepada perlawanan akhir Piala Carabao pada hari Ahad menentang Newcastle.

 

Baca yang lain