Erik Ten Hag menyatakan kekagumannya ke atas Raphael Varane. Yang menurutnya, pemain itu benar benar cerdas dan bijak dalam taktikal bertahan.
Secara asasnya, Ten Hag mahukan pasukannya bermain zonal marking. Namun dalam keadaan tertentu, pemain harus menukar kepada man to man marking.
Bagi sesetengah pemain mereka akan menunggu arahan pengurus untuk menukar pendekatan bertahan mereka.
Namun untuk Varane, dia boleh menentukan sendiri tindakannya dengan bijak sesuai kehenda Ten Hag.
Varane akan menilai situasi di atas padang dan mengubah pendekatannya daripada zonal marking bertukar kepada man to man marking.
Zonal marking adalah sistem bertahan dalam zon dan tidak menekan lawan secara individu untuk 1 v 1.
Dalam beberapa perlawanan musim ini, Varane dan Lisandro Martinez menunjukkan keserasian mereka beraksi bersama sama.
Ten Hag mengenepikan kapten pasukan, Harry Maguire dalam 3 perlawanan terakhir United yang berakhir dengan kemenangan kesemuanya.
Ten Hag menegaskan bahawa, dia tak takut untuk mem-bangku-simpanan-kan mana mana pemain atas kehendak taktikal dan prestasi.
Pengurus asal Belanda itu meminta Harry Maguire bersikap profesional dalam isu ini.
Ten Hag berkata: “Saya berpendapat, apabila kamu seorang kapten, itu tidak bermakna kamu akan bermain selalu, terutama sekali apabila kamu memiliki pemain seperti Varane di dalam pasukan.
🗣 "It doesn't mean when you are captain that you are established to play always, especially when you also have Varane in your squad."
Erik ten Hag on how Harry Maguire will fit into the Man United squad with competition for places pic.twitter.com/XY2E4Of2MZ
— Football Daily (@footballdaily) August 27, 2022
Antara sebab kenapa Ten Hag sukakan gandingan Martinez dan Varane adalah kerana kedua dua pemain dapat bermain berdepan dengan serangan laju seperti aksi menentang Liverpool.
Ten Hag turut memberikan kredit kepada Varane di atas kecerdasan otak bola sepak pemain itu yang sebelum ini. Ten Hag juga berpuas hati dengan keupayaan Varane melakukan hantaran progresif dengan membawa bola ke tengah.
Eric Ten Hag sangat mementingkan ball progression. Bermakna pemain yang memenangi bola di pertahanan perlu memastikan bola itu dikitar semula menjadi ancaman. Sama ada dengan larian progresif atau hantaran progresif.
Itulah sebabnya kenapa Ten Hag mahukan Tyrell Malacia di dalam pasukannya. Pemain dengan statistik ball progression yang sangat baik.
Berbeza dengan sistem lebih rigid di mana pemain pertahanan akan meneutralkan bola sebagai keutamaan. Sama ada menghantar ke rakan di tepi atau membuang bola.
Dipetik daripada laporan The Athletic: “Ten Hag merasakan Raphael Varan memahami zonal marking, dan bila masa yang dia perlu menukar kepada man marking ataupun pertahanan dalam situasi kecemasan.”
“Dia [Ten Hag] merasakan Varane sangat cemerlang ketika dia bergerak mara ke hadapan dengan mengiring bola di kakinya, dibawa ke tengah dan bermain hantaran progresif.”
✅ Ten Hag feels Raphael Varane understands zonal marking and when he needs to switch to man marking or emergency defending. He feels Varane is excellent at stepping forward with the ball into midfield and playing progressive passes.@TheAthleticUK 🇫🇷🔴 pic.twitter.com/q2KWRa4b9C
— UtdPlug (@UtdPlug) September 2, 2022
Adakah Manchester United akhirnya sudah menemui gandingan bek tengah yang terbaik untuk mereka? Jika ya, maka Harry Maguire sudah harus memikirkan bahawa dia bukan lagi pilihan utama selagi lagi Varane dan Martinez tersedia untuk beraksi.