Ten Hag: “Kami Hadkan Arsenal Agar Mereka Mampu Buat Percubaan Jauh Sahaja”

Erik Ten Hag telah mempertahankan prestasi pertahanannya dalam aksi antara Manchester United dan Arsenal.

Di mana menurut pengurus Manchester United itu, Man United telah bertahan dengan baik.

3 gol Arsenal adalah boleh dielakkan, dan bukannya kerana pertahanan United yang tidak bagus.

Dia juga menyatakan, dengan sistem pertahanan yang kompak, mereka menghadkan aksi Arsenal kepada percubaan jarak jauh berbanding dengan percubaan dari dalam kotak penalti.

“Secara umumnya, ketika menentang Arsenal, kami bertahan dengan sangat baik.”

“Saya tidak rasa Arsenal ada memiliki percubaan yang terus / clean shot. Cuma ada sekali, itupun daripada sepakan percuma.”

“Dan selainya hanya percubaan daripada jarak jauh, dengan kami ada ramai pertahanan di antara  bola dan penjaga gol.”

“Inilah sebabnya saya kata bahawa kesemua [tiga] gol [Arsenal] sebenarnya boleh dielakkan.”

Arsenal secara keseluruhannya beraksi sangat dominan. Dan mereka melakukan 25 percubaan sepanjang 90 minit. Hanya 5 percubaan tepat dilakukan Arsenal. Dengan De Gea gagal melakukan penyelamatan untuk 3 gol Arsenal.

Ada juga peminat yang mempersoalkan kenyataan Ten Hag itu. Kerana Arsenal menurut mereka melakukan 20 percubaan dari dalam kotak penalti dan hanya 5 dari luar kotak penalti.

Selain itu Arsenal melakukan 63 sentuhan dalam kotak penalti, paling banyak mereka lakukan musim ini.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil