Ten Hag Kritik Pressing Sebelah Kiri

Erik Ten Hag mengkritik mutu pertahanan sebelah kiri pasukannya ketika menentang Fulham.

Ini kerana arah tersebut sangat lemah ketika bertahan terutama sekali isu pressing di mana pemain tidak melakukannya dengan baik.

Ten Hag menekankan masalah berlaku di sebelah kiri di mana mereka tidak cukup bagus dalam melakukan pressing.

Ten Hag berkata: “Saya tak suka dengan prestasi kami menentang Fulham ketika bertahan, terutama sekali sebelah kiri.

“Bagaimana kami melakukan pressing kerana mereka sudah terkeluar. Terutama sekali 30 minit pertama permainan.

“Ada bebearapa kali berlaku sebelah kiri dan ianya tidak boleh dibiarkan.”

Ten Hag mengingatkan pemain bahawa untuk melaksanakan sistem taktikal pressing yang dimahukannya, para pemain harus ada kesungguhan dan semangat berpasukan untuk melakukannya.

Dia menambah: “Ianya [pressing] harus dilakukan dengan kesungguhan, semangat dan barulah kita boleh menang.”

Manchester United kalah di tangan Fulham 1-2 di hadapan penyokong mereka sendiri.

Di mana Fulham mendapat 2 gol menerusi Calvin Bassey dan juga Alex Iwobi.

Man United sempat menyamakan kedudukan menerusi gol oleh Harry Maguire pada minit ke-89.

Walaupun kalah, Ten Hag sebelum ini mengulangi pendiriannya bahawa mereka berada di landasan yang tepat. Kerana selepas ini semakin ramai pemain yang akan cergas, barulah mereka mendapat rentak permainan sebenar.

Sebelum perlawanan, dia menegaskan perkara yang sama ketika diminta memberikan komen tentang kehadiran Sir Jim Ratcliffe sebagai pemegang saham minoriti di kelab itu.

Sir Jim Ratcliffe sudah memberitahu media bahawa dia mahu memastikan Man United kembali ke kemuncak kegemilangan dan menjatuhkan Man City serta Liverpool daripada dominasi mereka.

Baca yang lain