Ten Hag Kritik Taktikal Southgate Sebagai Membosankan

Erik Ten Hag telah mengkritik taktikal Gareth Southgate ketika aksi England menentang Serbia. Agak ironi, kerana sebelum ini Gareth Southgate merupakan antara calon yang dimahukan INEOS untuk menggantikan Erik Ten Hag.

Namun selepas itu INEOS memutuskan untuk mengekalkan Ten Hag sebaik sahaja rundingan dengan calon seperti Thomas Tuchel gagal.

Ten Hag sempat memberikan komen tentang taktikal pasukan England berdepan dengan Serbia.

Menurut Ten Hag, England bermain dengan sangat pasif ataupun tidak bermain terbuka menentang lawan mereka. Ten Hag menganggap taktikal Southgate membosankan dan pasif.

Ten Hag menyalahkan Southgate sepenuhnya yang menurutnya tidak memanfaatkan kualiti pemain pemain yang ada dalam England untuk bermain lebih cantik.

Ten Hag berkata: “Gaya permainan England sangat pasif. Ini kerana visi pengurus mereka. England akan berpuas hati dengan kelebihan 1-0 dan Southgate mulai mengambil risiko untuk membuatkan pasukannya kompak bertahan. Dan bergantung kepada beberapa momen pada minit akhir permainan.”

Ten Hag turut memberikan pandangannya tentang Luke Shaw. Di mana dia yakin pemain itu tidak akan dapat bermain sebelum pusingan kalah mati Euro 2024.

Ten Hag baru baru ini mengesahkan bahawa dia adalah pilihan utama Man United untuk terus mengendalikan kelab itu.

Ianya selepas kelab membuat penilaian akhir musim lalu. Dan selepas kelab bercakap dengan Tuchel, kelab mendapati Ten Hag adalah pengurus terbaik yang mereka ada pada masa ini.

“Saya ketika itu sedang bercuti. Dan beberapa pegawai kelab datang mengetuk pintu tempat saya menginap. Mereka beritahu saya, selepas bercakap dengan Tuchel, mereka mendapati bahawa saya adalah pengurus terbaik untuk mengendalikan pasukan ini,” tegas Ten Hag.