Ten Hag Kurung Pemainnya Di Anfield Dan Suruh Mereka Dengar Keraian Liverpool

Erik ten Hag seorang pengurus yang sangat tegas. Selepas kekalahan memalukan di tangan Liverpool, dalam temuramah selepas perlawanan, dia mengecam sikap pemainnya yang dianggap tak profesional dan tidak bermain mengikut kewarasan.

Sudah tentunya dia akan mengambil tindakan tegas tentang perkara itu.

Mirror UK mendedahkan secara eksklusif, Erik Ten Hag telah meminta pemainnya berkumpul di bilik persalinan mereka dan dia.

Dan kemudian meminta mereka mendengar setiap keraian pemain Liverpool yang merupakan musuh tradisi mereka dari bilik persalinan sebelah mereka.

Dia mahu para pemain United mendengar sendiri betapa pemain pemain Liverpool girang gembira meraikan setiap gol berdepan mereka.

Dan dia mahu perkara itu dijadikan motivasi bagi mengelak kejadian serupa berulang lagi.

Pemain pemain seperti Rashford, Casemiro dan Varane dikatakan antara yang benar benar terasa maruah mereka tercalar mendengar Klopp dan anak anak buahnya meraikan kemenangan besar itu.

Para pemain lain turut merasai kesakitan, marah dan kecewa dengan kekalahan itu yang merupakan kekalahan terburuk dikongsi dengan beberapa siri kekalahan yang dengan skor sama oleh United sejak 1931.

Dengan menggunakan cara mirip hair dryer treatment oleh Sir Alex Ferguson, Erik ten Hag mengingatkan pemain bahawa mereka kali ini bernasib baik kerana dia masih membenarkan pemain balik ke Manchester menaiki bas pasukan dan bukannya diarahkan balik menaiki bas yang dinaiki penyokong mereka – menurut sumber dari United.

Pada hari berikutnya, Ten Hag juga terus melakukan analisis tentang perlawanan itu. Dia tiba seawal 7 pagi di Carrington bersama sama dengan staf kejurulatihannya.

Para pemain tiba pukul 9 pagi seperti biasa. Dan mereka sudah tahu bahawa hari itu mereka akan mendengar leteran Ten Hag.

Erik ten Hag turut memberikan amaran, jika perkara itu berlaku lagi, pemain pemain yang tidak berdisiplin secara taktikal itu akan disingkirkan daripada pasukan utama dan bermain dengan B-21.

Dia dilaporkan berkata kepada pemainnya: “Saya tengok sikap kamu seperti ini sekali lagi di masa akan datang, kamu tak akan menyarung jersi pasukan utama ini lagi, saya akan tendang kamu ke pasukan B-21.”

Erik Ten Hag bukannya tidak boleh menerima kekalahan. Namun dia tidak boleh menerima cara United bermain terutama sekali separuh masa kedua.

Di mana pemain bermain secara individu dan emosional. Membuatkan perancangan berpasukan tidak diterjemahkan di atas padang. Seterusnya, kalah sebesar 7-0 di tangan musuh tradisi dengan 11 v 11 adalah bukan perkara yang boleh diterima.

Selain itu, Erik Ten Hag dikatakan telah memberitahu pemain bahawa mereka harus bersedia dengan beberapa sesi tambahan dengan pakar psikologi sukan, Rainer Koers selepas ini.

Ten Hag tahu, pemain memerlukan bantuan dari segi psikologi selepas kekalahan tersebut. Koers dilantik oleh Ten Hag beberapa bulan lalu.

Koers diminta untuk membantu pemain pemain United untuk memiliki mentaliti lebih kuat.

Koers sebenarnya dibawa masuk untuk membantu pemain pemain United membuang mentaliti lemah mereka dari musim lalu. Mentaliti pemain ketika itu benar benar tertekan dan ada beberapa pemain hilang keyakinan diri.

Ten Hag tidak mahu kekalahan ini akan merosakkan kempen mereka musim ini. Kerana mereka masih berjuang untuk 4 teratas, kemudian masih ada 2 pertandingan piala untuk mereka rebut.

Man United sebelum ini sudah memenangi Piala Carabao.

Baca yang lain

Nunez Skor Gol Kemenangan Minit Ke-90+9

Darwin Nunez menjadi wira kemenangan Liverpool dalam kunjungan mereka ke markas Nottingham Forest. Liverpool sekali lagi merehatkan pemain seperti Mo Salah di