Ten Hag Mahu INEOS Segera Berikan Jawapan

Erik Ten Hag dilaporkan sudah meminta Sir Jim Ratcliffe berterus terang tentang kedudukannya di Man United.

Di mana Ten Hag menyatakan dia telah menarik minat beberapa kelab lain yang mahu mendapatkan khidmatnya jika dia disingkirkan oleh Man United.

Sebelum ini The Guardian melaporkan bahawa Man United sudah memutuskan masa depan Ten Hag walau apa jua keputusan yang dicapai dalam Piala FA.

Di mana United mahu memecat pengurus itu dan mendapatkan pengurus baharu. Beberapa nama dikaitkan dengan United termasuk Kieran McKenna, Thomas Tuchel dan Mauricio Pochettino.

Ten Hag berjaya membantu United mengejutkan Manchester City dalam aksi final Piala FA.

Dia menegaskan bahawa dia yakin dia akan kekal di United. Namun situasinya kini berbeza. Ten Hag yang bercuti selepas final Piala FA masih berminat untuk terus kekal di United.

Pada masa yang sama sudah bersedia untuk meninggalkan kelab itu jika kelab tidak memerlukannya lagi. Menurut sumber The Times, ejen kepada Ten Hag sudah membayangkan bahawa Ten Hag sedang dipantau rapat beberapa kelab lain.

Situasinya kini INEOS perlu membayar pampasan yang tinggi untuk memecat pengurus itu kerana dia berjaya memenangi 1 piala pada musim ini.

Dalam pada masa yang sama INEOS perlu menilai pandangan umum daripada peminat United tentang Ten Hag. INEOS pasti mahu menjaga hubungan dengan peminat United sebagai pendatang baharu ke dalam kelab itu.

Namun  dalam pada masa yang sama pihak INEOS perlu bertindak di atas penilaian mereka sepanjang musim ini. Di mana INEOS tidak berpuas hati dengan prestasi Man United yang menamatkan liga di tangga kelapan.

Beberapa kekalahan yang tidak dapat diterima termasuk kalah di tangan Crystal Palace juga merencatkan reputasi Ten Hag di mata INEOS.

Namu  Ten Hag sebelum ini mempertahankan dirinya menyatakan orang yang tidak tahu pasal bola sepak sahaja menganggap dia tak cukup bagus untuk mengendalikan United yang sarat dengan kecederaan.

Ramai peminat mahukan  Ten Hag kekal selepas kejayaan menjuarai Piala FA yang berjaya meletakkan United di pentas UEL musim hadapan.

Selain itu, peminat juga berharap INEOS mengotakan janji mereka di mana  Sir Jim Ratcliffe sebelum ini pernah berjanji akan membantu Ten Hag dalam jendela perpindahan pemain.