Manchester United kini bersedia untuk menjual Jadon Sancho pada jendela perpindahan akan datang.
Hubungan pemain asal England itu dengan Erik Ten Hag agak panas. Apabila baru baru ini Sancho dianggap telah bersikap biadap dengan menuduh pengurusnya sebagai menipu.
Sancho turut menyindir Ten Hag bahawa dia sudah lama dijadikan kambing hitam di Manchester United.
Sancho tidak berpuas hati dengan kenyataan media Ten Hag selepas kalah di tangan Arsenal. Di mana pengurus itu menjelaskan bahawa ada 2 pemain tidak dibawa ke Emirates iaitu McTominay dan Jadon Sancho.
Wartawan bertanya sama ada kedua dua pemain ada masalah kecederaan?
Ten Hag berkata: “Tak tak! Cuma McTominay yang sakit, namun Sancho, dia tak disertakan dalam pasukan kerana prestasinya di sesi latihan tidak memuaskan.”
“Dia tidak berada di tahap tertinggi semasa latihan, di Man United kamu harus berada di tahap tertinggi sepanjang masa.”
Komen itu membuatkan spekulasi bahawa Sancho ada masalah disiplin dalam latihan.
Sancho membidas kenyataan Ten Hag yang menurutnya saja memetik namanya untuk menutup cerita kekalahan United di tangan Arsenal. Dia dijadikan kambing hitam.
Sancho menulis di Twitternya – yang baru sahaja dipadam semalam: “Tolonglah jangan percaya dengan semua yang kamu baca! Saya tak akan membenarkan mereka menyebut perkara yang tidak benar sama sekali. Saya telah menjalani latihan yang sangat baik minggu ini.”
“Saya percaya ada alasan lain untuk perkara ini yang saya tak akan sebutkanya lebih lagi.”
“Saya telah menjadi kambing hitam sejak sekian lama, di mana ianya adalah tak adil.”
“Apa yang saya mahukan hanyalah bermain bola sepak dengan senyuman di wajah saya dan menyumbang kepada pasukan.”
“Saya menghormati semua keputusan yang dibuat oleh staf kejurulatihan, saya bermain dengan pemain pemain luar biasa dan sangat bertuah untuk melakukannya. Di mana saya tahu setiap minggu adalah cabaran.”
“Saya akan terus berjuang untuk lencana ini tidak kira apa yang berlaku,” luah pemain itu.
Man United sudah berkira kira untuk mengambil tindakan ke atas pemain itu selepas semua pemain kembali daripada rehat antarabangsa.
Sancho dijangka akan dikenakan tindakan disiplin kerana kenyataan yang dianggap biadap dan tidak kena masa.
Ten Hag dikenali sebagai pengurus yang sangat tegas. Sebelum ini dia pernah menyingkirkan CR7 yang membuat kenyataan menentangnya.
Dan Man United sudah menyatakan bahawa mereka sentiasa menyokong pengurus berbanding pemain dalam isu ini. Berbeza dengan polisi kelab sebelum ini di bawah Ed Woodward sebagai CEO.
Man United juga bercadang menjual Jadon Sancho ke Arab Saudi. Kerana pada hari terakhir perpindahan, pemain itu menerima bidaan dari kelab Arab Saudi.
Ketika itu Sancho tidak berminat untuk menerima tawaran itu. The Athletic menegaskan bahawa pemain itu masih berpendirian yang sama ketika ini.
Erik Ten Hag dilaporkan sedia untuk terus menerima Sancho dalam pasukannya namun dia akan dikenakan peraturan khas.
The Athletic melaporkan, Sancho harus berada di pusat latihan sejam lebih awal berbanding pemain lain. Ini untuk memastikan pemain itu tidak lambat untuk memulakan sesi latihan berpasukan.
Seterusnya Sancho selepas ini wajib untuk menghadiri kesemua taklimat taktikal pasukan. Dia seringkali ponteng atau datang lambat untuk sesi tersebut.
Di Dortmund, kelab itu pernah mengambil langkah bahawa setiap pemain harus bertanggungjawab secara berkumpulan. Jika salah seorang ahli kumpulan mereka tak datang atau lewat datang ke sesi taklimat pasukan, satu kumpulan itu akan dihukum.
Sancho diletakkan satu kumpulan dengan Erling Haaland yang sangat berdisiplin dan sentiasa mengingatkan Sancho agar datan – menurut pengurus Edin Terzic.
Musim lalu Erik Ten Hag memberitahu media bahawa Sancho terpaksa disisihkan dalam beberapa ketika kerana dia perlu berdepan dengan isu kesihatan mental.
Ten Hag dikatakan antara pengurus yang benar benar menyokong Sancho dan sentiasa mahu pemain itu bangkit dan menjadi pemain penting dalam pasukannya.
Malang sekali Sancho pula merasakan dia pemain yang tidak disukai Ten Hag berbanding pemain seperti Antony.