Erik Ten Hag menyatakan bahawa pemain pemain Manchester United sudah tak sabar dan mahu mereka melepaskan kemarahan mereka kepada Liverpool pada Ahad ini.
Manchester United kalah 4-3 di tangan Chelsea pada aksi pertengahan minggu. Dengan pemain pemain Ten Hag masih lagi bengang dan kecewa dengan kekalahan yang dianggap kejam itu.
United mendahului sepanjang 90 minit permainan namun melepaskan dua bolos pada masa kecederaan.
Ten Hag selepas tamat perlawanan nyatakan bahawa beliau tidak berpuas hati dengan kekalahan tersebut. Ini kerana menurut beliau Man United berhak menang kerana telah mempamerkan aksi yang lebih baik dan menguasai perlawanan.
Namun kesilapan pertahanan pada masa kecederaan membuatkan mereka berputih mata pada akhirnya.
Kini Man United sedia untuk bangkit dan menjadikan Liverpool mangsa untuk melepaskan kemarahan mereka.
“Kami harus bangkit dengan segera. Kami harus mengubah keadaan ini. Jadi bemrjla esok, kami akan dalam mood positif dan rasa bersemangat.
“Kami harus mengumpul tenaga. Kami akan menjadi sangat marah dan kami boleh dapat banyak tenaga daripadanta dan itulah caranya kamu melakukannya.”
BREAKING: Erik ten Hag accepts top-four fate as Man Utd players urged to unleash anger on Liverpool #affiliatehttps://t.co/Ny86eUuszB
— Express Sport (@DExpress_Sport) April 5, 2024
Aksi the entire Manchester United dan Liverpool akan menjadi aksi sangat penting buat kedua dua pasukan. Liverpool berusaha untuk terus mendahului carta liga. Sementara United cuba untuk mengejar kedudukan UCL.