Ten Hag: ‘Man United Masih Di Landasan Tepat, Pemain Gembira Dengan Taktikal Saya, Cuma Keletihan’

Erik Ten Hag telah meyakinkan pengurusan tertinggi Man United dan penyokong mereka bahawa dia masih orang tepat mengendalikan Manchester United.

Sambil menyatakan bahawa pasukan itu masih di landasan yang tepat untuk bersaing memenangi trofi musim ini. Ten Hag menyatakan dia masih seorang pejuang yang berjuang bersama pasukannya.

Walaupun menelan satu lagi kekalahan di tangan Newcastle baru baru ini. Dia meneepis sama sekali laporan beberapa media bahawa dia telah kehilangan sebahagian kepercayaan daripada bilik persalinan.

Ten Hag mengakui bahawa ada seorang dua pemain senior yang datang berjumpanya, berbincang tentang pendekatan dan corak taktikalnya. Nammun itu bukan bermaksud pasukannya dalam krisis sebaliknya membuktikan bahawa mereka berada di pihak yang sama.

“Ya saya berikan jaminan. Kamu boleh saksikan sendiri kebangkitkan segera kami ketika menentnag Brentford, perlawanan menentang Burnley, aksi menentang Fulham. Setiap kali pasukan kami berada di situ, menunjukkan karakter yang hebat, keinginan tinggi dan kesatuan yang kukuh.”

“Kamu saksikan sendiri, tanpa kesatuan ini, kami gagal bermain bola sepak yang hebat seperti itu. Dah tentu ada banyak khabar angin tentang penilaian strategik, tetapi kami di sini tidak terganggu kerana itu. Kami dalam pengembaraan, dalam perjalanan, kami tahu kami di fasa transisi, namun kami berada di landasan yang tepat.”

“Kami mmebina pasukan dan membangunkannya. Pasukan ini sedang membangun, pemain pemain muda datang dan kamu melihat potensi dan bagaimana mereka menyumbang kepada kejayaan Manchester United di masa akan datang.”

Bercakap tentang hubungannya dengan Sancho dan kini hubungannya dengan Varane yang dilaporkan retak, Ten Hag menafikan bahawa isu pemain tidak gembira seperti itu mengganggu pasukannya.”

“Dah tentunya, akan sentiasa ada, dalam setiap pasukan, pemain yang kurang bermain atau tak bermain, mereka tak gembira. Kami tidak terkecuali dan ianya benda normal.”

“Dalam keadaan tertentu kamu perlukannya. Mereka harus menunggu peluang mereka dan boleh masuk. Tetapi perkara itu tiada apa, tiada isu.”

“Saya sentiasa mendengar pemain pemain saya. Dan saya memberikan mereka peluang terbaik untuk meluahkan apa sahaja. Jika pemain ada pandangan berbeza, saya akan denar. Tetapi jika mereka diam tak beritahu saya, macamana saya nak tahu.”

“Atau mungkin ada seorang dua [bebeeza pandangan]. Tetapi ini soal secara umum, majoriti, mereka mahu bermain seperti ini, proaktif, dinamik, berani, itu yang mereka mahukan.”

Ten Hag menyatakan faktor keletihan juga menjadi punca kenapa mereka gagal mempamerkan aksi cemerlang menentang Newcastle kerana mereka bukan robot. Namun pemain pemainnya masih berdiri di belakang falsafah bola sepak yang Ten Hag mahukan.

“Kami bukannya robot, bermain 3 perlawanan dalam 6 hari, perlawanan sukar ketika hujung fasa keletihan kami. Tapi saya tak pernah jadikan itu alasan.”

“Menentang Everton dan Galatasaray, kami bermain baik sekali. Cuma lawan Newcastle je yang agak mengecewakan.”

“Kamu boleh tengok pemain pemain kami di belakang falsafah itu, kerana apa yang kami lakukan ketika menentang Everton dan Galatasaray. Kamu nampak sendiri kami benar benar sedang membangun. Kamu tengok kan gol Alejandro Garnacho? Kamu rasa dia boleh buat gol lipat lawan Everton tu jika pemain pemain kami tida berpegang kepada [falsafah] itu? Apa kamu rasa?”

“Kami mempamerkan bola sepak sangat baik dan menjaringkan gol cantik menentang Galatasaray dan Everton. Menentang Newcastle, kami tidak bermain baik sangat. Kami tahu. Kami pun tak gembira la dengan persembahan itu. Namun kami kekal memberikan persaingan dalam peralwanan itu dengan mencipta dua peluang keemasan untuk mencuri mata.”

“Jika kami ada sedikit lagi lebih keinginan, kami boleh membawa pulang sesuatu. Dah tentunya, kami keciciran, namun tak ada la jauh sangat, jadi kami ok je.”

Baca yang lain