Erik Ten Hag menyalahkan pertahanannya yang membiarkan pemain Brighton, Adingra melakukan hantaran silang dengan mudah membuatkan pasukan yang berhak menang jadi kalah.
Man United menelan kekalahan pertama musim ini dalam EPL setelah hari pembukaan yang cemerlang. Di mana mereka kalah di tangan Brighton di Stadium Amex.
Gol lewat masa kecederaan Joao Pedro memberikan kemenangan luar biasa buat Brighton yang kini meneruskan rentak kemenangan mereka.
Bagi Ten Hag, Brighton tidak berhak menang perlawanan ini sebaliknya Man United yang berhak menurutnya. Kerana Man United beraksi dengan lebih baik dan memiliki build up yang lebih baik.
Malangnya, benda boleh menang jadi kalah pula. Lebih mengecewakan Ten Hag apabila mereka gagal membawa 1 mata sekalipun daripada perlawanan ini.
“Sepatutnya kami mendapat keputusan lebih baik daripada perlawanan ini, sekurang kurangnya kami bawa pulang 1 mata kalau tidak mampu nak menang sekalipun.
“Kami gagal menghentikan hantaran silang. Ada 3 pemain membenarkan Adingra yang berkaki kanan itu melakukan hantaran. Kenapa tidak tolak sahaja dia ke tepi berbanding membenarkan dia melakukan hantaran silang,” tegas pengurus itu lagi.
“Saya sangat kecewa, kami patut bawa pulang satu mata, dan kami patut menang perlawanan ini,” tegas beliau lagi.
Erik shares his reflections on today's game 💬#MUFC || #BHAMUN
— Manchester United (@ManUtd) August 24, 2024
Man United menyaksikan 2 gol mereka dibatalkan kerana ofsaid. Ten Hag turut menjelaskan mereka akan cuba meninjau semula ofsaid oleh Zirkzee yang dianggap pelik dan menafikan gol Garnacho.
“Ya kami akan bincang balik tentang perkara itu. Bagaimana ia berlaku dan apa sebenarnya sudah berlaku, tetapi saya setuju dengan kamu [wartawan], itu adalah agak tidak bernasib baik,” tegas Ten Hag.
Ten Hag meminta pasukannya agar lebih fokus sehingga tamat perlawanan selepas ini. Kerana sebelum ini mereka kalah di Perisai Komuniti juga kerana gol minit akhir oleh Man City yang mengheret perlawanan ke penentuan penalti, ketika United sudah patut menjadi juara.
Ten Hag resah dengan perkara tersebut. Dan dia meminta pasukannya lebih baik dan lebih bijak membaca permainan selepas ini, ketika dalam situasi tersebut.