Ten Hag Masih Tunggu Sancho Minta Maaf

Erik Ten Hag masih kekal dengan pendiriannya bahawa Jadon Sancho masih perlu meminta maaf kepadanya selepas dia kembali daripada pinjaman di Borussia Dortmund.

Sancho menyertai Dortmund secara pinjaman untuk 6 bulan terakhir musim ini. Dalam kontrak itu, Man United enggan ada sebarang klausa beli tetap kerana percaya pemain itu harus berharga lebih tinggi daripada nilai semasa.

Sancho disisihkan daripada Man United setelah komen di media sosial yang dia tujukan kepada Ten Hag.

Dan itu tidak disambut baik pengurus United tersebut yang memutuskan untuk membekukan pemain itu daripada aktiviti dan fasiliti pasukan utama selagi lagi dia tidak meminta maaf.

Sancho kekal dengan pendirian tidak mahu meminta maaf sehingga dia sanggup meninggalkan United untuk menyertai Dortmund.

Timbul persoalan, jika pemain itu cemerlang di Dortmund selepas ini, pastinya dia akan ada peluang untuk bermain di United musim hadapan.

Dan Ten Hag menegaskan bahawa pemain itu masih perlu meminta maaf kepadanya. Kerana pemain itu bersalah melakukan tindakan tidak profesional.

Ianya terpakai kepada semua pemain di United bukan Sancho sahaja.

Ten Hag mendoakan yang terbaik untuk Sancho ketika di Dortmund. Kerana pemain itu jelas sekali pemain yang berkualiti. Baru 22 minit dia kembali beraksi semula bersama Dortmund dia terus mencipta assist kepada Marco Reus.

“Ya kami ada beberapa isu yang kami hadapi, setakat ini dia tidak begitu menjadi di United. Saya doakan yang terbaik untuk dia di BvB. Saya berharap, kami semua berharap, dia akan melakukannya dengan sangat sangat baik. Dia akan berjaya dan kemudian kami akan melihat apa yang akan berlaku lepas tu.”

Ditanya sama ada pemain itu masih perlu meminta maaf selepas ini, Ten Hag berkata: “Ya, kami dah cakap benda ni sebelum ni. Cuma saya dah naik malas nak cakap balik perkara ini.

“Jadon tahu apa yang dia patut buat dan kami sudah jelas tentang perkara ini. Jadi, kita tak perlu bincang lagi benda ni k bye.”