Erik Ten Hag memuji prestasi pasukannya yang berjaya mengikat Fenerbahce dan Porto dalam dua perlawanan terakhir mereka di UEL.
Man United mencatatkan keputusan seri ketiga mereka dalam UEL kali ini. Dengan awal pagi tadi waktu Malaysia mereka terikat 1-1 dengan Fenerbahce.
Ten Hag berkata: :”Apabila kamu sedang mendahului 1 gol dalam perlawanan seperti ini, kamu harus lebih dominan. Kamu harus mendapatkan gol kedua daripada beberapa peluang yang ada. Rahsford ada peluang keemasan yang gagal disudahkan sebelum rehat separuh masa.
“Kami juga ada beberapa peluang lain. Kami kehilangan bola terlalu mudah dan final pass kami tak cukup bagus. Seterusnya melepaskan bolos seperti yang kami lakukan pada separuh masa kedua.
“Kemudian kami memburu gol sekali lagi. Ada peluang terbaik untuk Rashford namun hantaran akhir tidak tepat.
“Dan sekarang kami ada 2 mata daripada 2 perlawanan di tempat lawan yang sangat sukar. Dan selepas ini kami harus menang, rasanya ada dua perlawanan di tempat sendiri lepas ni, untuk mara lebih jauh dalam kempen Eropah. Tentunya itu adalah matlamat kita.”
Ten Hag mempertahankan taktikalnya yang dianggap cukup bagus. Dia juga mempertahankan tindakannya menurunkan Mazraoui di posisi no.10. Menurutnya, mereka tidak pernah mempersoalkan posisi Mazraoui kerana Ten Hag dah lama kenal pemain itu.
Dan dia pernah diarahkan Ten Hag bermain posisi no.10 semasa mereka di Ajax. Masalah utama United adalah pemain membuat kesilapan dan tiada isu langsung dengan taktikalnya.
“Taktikal sudah betul dah, dan dah tentunya pasukan ini kena belajar daripada pengurusan permainan, kami ada ramai pemain muda dan kesilapan seperti hari ini tidak seharusnya berlaku untuk tahap kami, benda ni dah cakap sebelum perlawanan lagi kot.”
Akhir sekali dia berpuas hati dengan keputusan seri dicapai United, bukti bahawa Man United adalah pasukan yang sukar dikalahkan.
“Apabila kami mendapat 2 mata di Porto dan Fenerbahçe dalam aksi away, itu bukti bahawa kami adalah pasukan yang sukar dikalahkan.
“Dan kami boleh menjadikan ini sebagai motivasi kami dalam aksi liga selepas ini menentang West Ham.”