Ten Hag Putuskan Ronaldo Tiada Tempat Lagi Dalam Pasukannya, Kelab Mahukan Mbappe Jadi Pengganti

Erik Ten Hag sudah menyatakan kepada hierarki tertinggi kelab bahawa Cristiano Ronaldo tidak akan bermain lagi untuk pasukannya. Bermakna pemain itu perlu mencari kelab baharu pada Januari.

Jika tidak, Ronaldo akan berada dalam skuad pembangunan bersama sama dengan pemain pemain muda.

United benar benar terkejut dengan wawancara panas Ronaldo dengan Piers Morgan. Bagi Ten Hag, dia pastinya bengang apabila Ronaldo terang terangan menyatakan dia tidak akan menghormati pengurus itu kerana Ten Hag tidak pandai menghormatinya,

Ronaldo sebelum ini pernah menghantar surat minta pindah daripada Manchester United. Namun hasratnya tidak kesampaian. Selain daripada kelab yang tidak terdesak menjualnya, dilaporkan tiada tawaran konkrit untuk pemain itu dari kalangan kelab kelab bermain di UCL.

Ejen beliau, Jorge Mendes dengan aktif menawarkan pemain itu kepada kelab lain termasuk Barcelona, yang diakui sendiri oleh Joan Laporta.

Seterusnya Bayern Munich, perkara itu disahkan Oliver Kahn yang menyatakan Bangdo tak sesuai dengan falsafah kelab mereka dan gajinya terlampau tinggi.

Atletico turut ditawarkan untuk mendapatkan Ronaldo. Namun kekangan kewangan nak membayar gaji Ronaldo. Taktik ini disyaki mirip taktik Ronaldo ketika menggunakan Manchester City untuk mendapatkan kontrak dengan Manchester United. Kerana Real Madrid dijangka akan bertindak mendapatkannya semula disebabkan faktor legasi Ronaldo di Atletico.

Namun berbeza dengan Man United, Real Madrid tidak kisah dengan legasi Ronaldo.

Dalam wawancara tersebut, Ronaldo mendedahkan bahawa Sir Alex Ferguson antara yang menentang perpindahan ke Man City kerana ia akan mengganggu legasinya.

Ronaldo musim ini tidak terlibat dalam pra musim. Yang menyebabkan Erik Ten Hag tidak dapat menjadikannya pemain utama selagi lagi dia tidak mendapatkan kondisi fizikal dan adaptasi tatkikal secara maksimum.

Ronaldo pernah balik awal ketika aksi pra musim menentang Rayo Vallecano dan ketika itu dia dikenakan tindakan oleh Ten Hag yang melabel tindakan itu tidak boleh diterima.

Ketika aksi menentang Spurs, Ronaldo tidak mahu dimasukkan sebagai pemain gantian dan terus beredar ke terowong untuk balik. Ten Hag sekali lagi mengenakan tindakan ke atas pemain itu yang digantung tugasan serta diarahkan berlatih dengan skuad pembangunan.

Namun Ronaldo kembali semula ke dalam pasukan utama. Dia masih gagal menjadi pemain kesebelasan utama seperti diharapkannya. Lebih memburukkan keadaan dia terlibat dalam wawancara di mana dia mengutuk kelabnya dan pengurus sendiri.

Menurut ESPN walaupun, Ten Hag sudah membuat keputusan dengan apa yang akan berlaku seterusnya, dengan pengurus asal Belanda itu memberitahu kelabnya bahawa Ronaldo tidak akan bermain lagi.

Pengurus berusia 52 tahun itu mengadakan pertemuan dengan pengerusi bersama Joel Glazer, ketua eksekutif Richard Arnold dan pengarah bola sepak John Murtough pada hari Isnin, menangguhkan percutiannya, untuk membincangkan isu itu.

Dan kini laporan terbaru daripada Jeremy Cross dari Daily Star menyatakan bahawa Manchester United mempertimbangkan pembelian sensasi bintang PSG, Kylian Mbappe.

United sedia membayar GBP150 juta untuk pemain itu.

Mbappe memiliki pembangunan karier yang luar biasa dan ada kuasa publisiti yang bagus. Dia antara penyerang muda berkelas dunia dan sudah memiliki 1 Piala Dunia di dalam lacinya. Masih berpeluang untuk memenangi piala itu lagi.

Mbappe sebelum ini dikaitkan mahu berpindah dari PSG kerana tidak gembira dengan banyak perkara di PSG termasuk beberapa janji kelab yang tidak ditunaikan, menurutnya.

Namun selepas itu Mbappe menyatakan dia mahu terus kekal bersama PSG kerana dia mahu mencipta sejarah dengan PSG, bandar yang menjadi tempat asalnya, Paris.

Mbappe masih ada kontrak sehingga 2024 di PSG. Pemain itu antara penerima gaji tertinggi di dunia.

Manchester United menilai Mbappe sebagai calon paling sesuai menggantikan Cristiano Ronaldo.

United sedang mempertimbangkan opsyen yang mereka akan ambil ke atas Ronaldo. Ini termasuk kemungkinan akan menamatkan kontrak pemain itu lebih awal.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.