Manchester United kini resah dengan status kecederaan melibatkan 2 pemain utamanya, Lenny Yoro dan Rasmus Hojlund.
Hojlund yang memiliki rekod kecederaan yang merisaukan kembali dalam senarai waspada oleh kelab. Ini kerana dia terpaksa dikeluarkan ketika aksi persahabatan menentang Arsenal – di mana Hojlund mencetak gol pembukaan perlawanan, tetapi United kalah 1-2 akhirnya.
Hojlund dikeluarkan hanya beberapa minit selepas dia menjaringkan gol pada separuh masa pertama. Kecederaan itu ibarat dejavu buat Man United.
Rasmus Hojlund sebelum ini mengalami kecederaan pada pra musim dan terpaksa melakukan pembedahan minor ketika itu. Membuatkan pemain itu terlepas banyak aksi awal musim.
Seterusnya, Leny Yoro yang cemerlang dalam aksi pemanas badan pra musim sebelum ini juga terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan.
Yoro memberikan isyarat kepada staf kejurulatihan bahawa dia tidak dapat meneruskan permainan. Dan dia keluar dalam keadaan terhincut hincut pada minit ke-34.
Yoro ketika itu beberapa kali menggelengkan kepalanya ketika dia ditenangkan oleh rakan sepasukannya.
Rhys Bennett masuk untuk menggantikan pemain £50 juta itu dan United bolos gol kedua pada separuh masa kedua.
Ten Hag memberikan kemaskini tentang 2 pemain tersebut kepada MUTV. Dia berkata: “Sudah tentu terlalu awal nak komen. Sebab kami kena tunggu sekurang kurangnya 24 jam untuk mengetahui status sebenar kecederaan mereka.
“Kami akan sangat berhati hati terutama sekali Leny. Dia hanya berlatih dalam 50% daripada sesi latihan kami. Jadi sangat kecewa apabila dia terpaksa dikeluarkan namun ayuh kekal positif dan tunggu keputusannya nanti.