Alejandro Garnacho mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Jadon Sancho sebelum ini. Di mana pemain itu didapati bersalah atas aktiviti media sosial beliau.
Sancho sebelum ini dikenakan tindakan kerana hantaran di Twitter yang mengecam Erik Ten Hag.
Sementara Garnacho mengetik tanda suka pada hantaran peminat Man United yang mempersoalkan tindakan Erik Ten Hag mengeluarkannya ketika mereka diikat 2-2 menentang Bournemouth.
Pemain itu dipanggil mengadap Ten Hag selepas perbuatannya itu. Di mana Ten Hag sendiri secara bersemuka menganggap tindakan itu agak biadap kepada rakan sepasukannya yang masuk menggantikannya.
Garnacho kemudian membuang semula ketikan like beliau. Sebelum ini Sancho turut memadamkan hantaran media sosialnya berkaitan dengan Ten Hag.
Namun bezanya, Garnacho mengakui kesalahannya dan meminta maaf. Berbeza dengan Sancho yang terus berkeras enggan meminta maaf. Atas sebab Sancho merasakan jika pengurus boleh bersikap terbuka mengkritik pemain sebagai malas di hadapan wartawan, maka pemain pun berhak mempertahankan diri mereka secara terbuka.
Sancho pada masa itu melabel Ten Hag berbohong ketika Ten Hag menegaskan Sancho tidak cukup bersedia untuk beraksi kerana tidak menunjukkan komitmen terbaik di padang latihan.
Sancho memberitahu dia menjadi antara pemain terbaik di pusat latihan namun seringkali tidak dipilih ketika hari perlawanan. Lantas dia melabel Ten Hag suka menjadikannya kambing hitam.
Sancho enggan meminta maaf. Lalu Ten Hag menggunakan kuasa pengurusnya menggantung pemain itu daripada pasukan utama. Ini termasuk menyingkirkan dia daripada latihan dan fasiliti pasukan utama. Selagi lagi dia tidak minta maaf.
Sancho akhirnya berpindah ke BvB secara pinjaman. Dan Ten Hag beberapa bulan lalu sudah menyatakan, polisi masih sama. Sancho masih perlu meminta maaf jika dia mahu kembali beraksi di Man united selepas ini.
Berbalik kepada kes Garnacho, dia tidak akan digantung oleh pasukan sepertimana Sancho sebelum ini. Kerana terus mengakui kesilapannya dan meminta maaf.
Ten Hag sudah menjelaskan, Garnacho dikeluarkan kerana dia cuma terlibat 1 sesi latihan pada Jumaat lalu. Kerana sebelum itu dia sakit. Lalu Ten Hag enggan mengambil risiko menggunakan pemain itu lebih 45 minit. Kerana Garnacho pemain penting mereka musim ini.
Ten Hag gembira Garnacho sedar dan akui kesilapanannya lalu meminta maaf.
“Dia dah minta ampun dan maaf. Selepas itu kita lupakannya. Alejandro ni pemain yang masih budak lagi kot. Dan dia harus belajar banyak lagi,” tegas ETH.
Man United dalam persiapan untuk aksi separuh akhir piala FA menentang Coventry.
🔴🇦🇷 Erik ten Hag on Garnacho’s liked tweets after last game: “He apologised for it. After that, we move on”.
“Alejandro is a young player and has to learn a lot”. pic.twitter.com/hRDEVD57rO
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 19, 2024
Piala FA adalah laluan penting untuk United beraksi di UEL musim hadapan sekurang kurangnya.