Ten Hag Sedia Hidupkan Balik Minat Dapatkan Kane Selepas Berita Dari BOD Spurs

Semalam, Daily Mail melaporkan bahawa BOD Spurs telah memberikan nasihat kepada Daniel Levy agar pengerusi kelab itu lebih ke arah memudahkan usaha menjual Kane. Berbanding merumitkan keadaan seperti sekarang.

BOD Spurs sudah memberitahu Levy bahawa mereka sebulat suara mahu Kane dijual berbanding melihat pemain itu pergi secara percuma.

Bayern Munich sebelum ini sudah mengantar dua bidaan rasmi untuk membeli Kane dan kedua duanya ditolak oleh Spurs.

Kini Bayern sedia melancarkan bidaan ketiga bernilai €100 juta untuk mendapatkan pemain itu. Dan BOD Spurs benar benar berharap Levy menerima tawaran itu yang dianggap cukup baik untuk pemain yang tinggal setahun sahaja kontraknya.

Satu lagi perkembangan yang menarik adalah Manchester United kini sedia menghidupkan kembali minat untuk mendapatkan Harry Kane daripada Spurs.

Man United sudah lama meminati Harry Kane. Sejak era Mourinho lagi. Kemudian Ole Gunnar Solkjaer dan Ralf Rangnick pernah meletakkan nama Kane sebagai sasaran.

Man United sebelum ini melupakan Harry Kane dan mensasarkan Rosmus Hojlund.

Ten Hag mahukan kedua dua pemain itu ditandatangani di United.

Pendirian Levy sebelum ini sangat jelas. Di mana dia sangat tidak suka kelab di kalangan seteru dalam EPL cuba menandatangani Harry Kane.

Tetapi situasi sekarang Levy sudah mendapat tekanan daripada Lembaga Pengarah Spurs.

Adakah Kane akan terfikir untuk menyertai Man United? Kerana dia dilaporkan sudah memberitahu Spurs bahawa dia cuma mahukan perpindahan ke Bayern Munich yang dianggap Kane menawarkan peluang besar untuknya memenangi trofi.

Namun apa kurangnya Manchester United. Di mana di bawah Erik Ten Hag kelab itu sudah menamatkan kemarau piala domestik pada musim lalu dengan menjuarai Piala Liga,

Kaveh Solhekol menjelaskan, sebenarnya Man United tidak mungkin dapat menandatangani Harry Kane jika pemain itu diletakkan harga €100 juta. Kerana angka itu akan membuatkan Man United sangkut FFP.

Kecuali Man United menukar pemilik mereka dan berlaku aliran masuk wang pelaburan daripada pemilik.

Sebelum ini terdapat laporan menyebut bahawa Man United bergelut dengan akaun FFP kerana pemilik kelab langsung tidak melabur dana dalam 3 tahun terakhir.

Glazers ketika ini menangguhkan beberapa perkara di United kerana dalam proses untuk mendengar bidaan daripada pembeli yang berminat membeli Man United.

Malangnya proses itu terlalu lama berlaku. Peminat sudah lama mendesak isu pemilikan ini diselesaikan segera.

Baca yang lain

Faisal Halim Melecur Tahap 4

Faisal Halim dilaporkan mengalami kecederaan melecur yang serius pada tahap 4. Sebelum ini Faisal Halim berdepan detik ngeri apabila disimbah dengan asid