Ten Hag: “Separuh Masa Pertama Adalah Sampah, Ini Jadinya Kalau Main Tak Ikut Taktikal”

Manchester United menang 3-0 pada aksi perlawanan liga ke-24 mereka berdepan Leiceter. Perlawanan tersebut diadakan di Stadium Old Trafford, pada Ahad, pada minggu berita tentang bidaan kelab oleh beberapa firma terkemuka dunia.

Marcus Rashford meneruskan aksi cemerlangnya menerusi catatan dua gol pada minit ke-25 dan ke-56.

Jadon Sancho kemudian melengkapkan kemenangan dengan satu gol pada minit ke-61.

Tambahan tiga mata telah mengukuhkan kedudukan Red Devils dalam tiga teratas kedudukan Liga Perdana untuk musim 2022/2023.

Namun di sebalik pujian melambung daripada media dan peminat Man United sebenarnya tidah begitu dilayan oleh Ten Hag.

Pengurus Belanda itu malah secara terbuka melabel aksi Man United separuh masa pertama seperti sampah.

Pasukan mereka beraksi agak gugup pada separuh masa pertama dan bergantung kepada aksi kelas dunia De Gea menafikan sekurang kurangnya 3 percubaan yang berpotensi besar menjadi gol daripada Leicester.

Jurulatih Belanda itu masih menemui beberapa kelemahan dalam pasukannya menentang Leicester City.

Kekurangan ini paling kerap ditemui oleh Erik ten Hag semasa separuh masa pertama.

Ten Hag berkata: “Kami tidak konsisten dan kurang disiplin dalam melaksanakan standard permainan kelab.”

Ten Hag mengakui lawan mereka sebenarnya beraksi sangat baik terutama sekali separuh masa pertama. Namun ia bukan alasan untuk United tidak melawan dengan lebih baik.

Ten Hag menganggap pasukannya bermain di bawah standard pada separuh masa pertama.

Keadaan ini boleh menyebabkan masalah yang lebih besar jika tidak ditangani segera.

Ten Hag menyatakan bahawa pasukannya seharusnya bermain dengan mudah bukannya terlalu kompleks sehingga menyusahkan diri mereka sendiri.

“Saya sangat tak gembira dengan prestasi kami. Kami seharusnya mengikuti cara dan prinsip permainan kami. Dan apabila kami tidak melakukann, ianya menjadi huru hara. Kami sangat bernasib baik pada separuh masa kerana berjaya mendahului 1 gol.”

“Gol tu cantik, tetapi yang lain tu [selain gol itu] adalah sampah.”

Bagaimanapun Ten Hag gembira kerana pasukannya berjaya memperbaiki prestasi pada separuh masa kedua. Menjadikan aksi lebih seronok untuk disaksikan.

Ten Hag turut menyebut tiga pemain yang dianggapnya menyumbang kepada kemenangan Red Devils kali ini.

“Kami hanya tidak bolos pada separuh masa pertama kerana kehadiran David de Gea,” kata Ten Hag.

“Bruno Fernandes juga pandai mencipta peluang dan saya bertuah kerana Rashford berjaya menjaringkan gol,” tambah Ten Hag.

Ketiga-tiga pemain itu dinilai oleh Ten Hag sebagai mampu tampil secara konsisten dalam dua pusingan tersebut.

Bagaimanapun, jurulatih turut berasa bangga kerana pemain lain segera meningkatkan prestasi mereka.

Menurut jurulatih itu, Manchester United berjaya menggunakan separuh masa kedua dengan baik.

Semua kesilapan pada separuh masa pertama segera diperbetulkan selepas separuh masa pertama.