Pengurus baharu Manchester United Erik Ten Hag ternyata tidak memerlukan orang seperti Rangnick membuat analisis atau penilaian tentang pasukannya.
Dia menjawab tentang perancangan beliau dengan Ralf Rangnick. Di mana menurutnya dia bekerja atas analisis dirinya sendiri serta menilai sendiri KPI ataupun prestasinya.
Ten Hag menjawab persoalan tentang peranan perunding pembangunan yang digalas Ralf Rangnick selama 2 musim selepas ini. Di mana antara skop kerja Rangnick adalah menilai prestasi pasukan Ten Hag serta perkara lain berkaitan dengan pembangunan bola sepak.
Rangnick sebelum ini sudah menyatakan bahawa dia sedang mempersiapkan analisis dan penilaiannya ke atas prestasi kelab.
Rangnick malah membayangkan bahawa Man United mungkin memerlukan sehingga 10 pemain baharu untuk dibawa masuk pada musim panas ini.
Namun Ten Hag menegaskan bahawa, Rangnick hanya bekerja untuk kelab. Namun bukan untuk menganalisis menilai prestasi atau pasukannya. Kerana Ten Hag merasakan itu tugasan dia sendiri sebagai pengurus.
Jadi, Ten Hag membayangkan bahawa, akan berlaku konflik jika Rangnick dan dia sendiri masing masing melakukan analisis ke atas pasukan mereka yang ada sekarang.
Bagi Ten Hag, selaku pengurus, dia memiliki kuasa untuk menilai keperluan dan prestasi pasukannya.
Ditanya tentang peranan Rangnick dalam analisis pasukannya. Ten Hag berkata: “Itu sebahagian daripada analisis saya. Saya menganalisis sendiri dan bercakap dengan ramai orang. Tetapi akhirnya saya akan membuat garis [panduan] saya sendiri.”
Ditanya sama ada dia menyokong peranan perunding yang akan diambil oleh Rangnick, Ten Hag menambah: “Itu pada kelab [tanggungjawab Rangnick kepada bos bos dia di United].”
Erik ten Hag on plans with Ralf Rangnick: "I analyse by myself, I observe around and speak with a lot of people… but I will draw my own line. Rangnick's consultancy role? That is on the club". 🔴 #MUFC
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 23, 2022
“Saya masih dalam proses menganalisis dan membuat kesimpulan. Saya sudah tak sabar sabar nak bekerjasama dengan pemain pemain ini. Musim sebelum ini, skuad ini menamatkan saingan di tangga kedua dalam liga. Jadi, pasukan ini ada potensi.”
Erik Ten Hag secara rasminya telah memulakan tugasannya di Manchester United.
Dan beliau mengakui kedudukan Manchester United pada hari ini adalah tidak bagus. Dia akan cuba membangkitkan semula kelab itu. Dan berharap Manchester United akan bertindak lebih cepat dalam menyelesaikan isu pembentukan pasukan daripada pembelian pemain baharu.
Seterusnya, Erik Ten Hag mengakui dia kagum dengan dua pengurus yang dianggapnya terbaik di dunia ketika ini iaitu, Pep Guardiola dengan Jurgen Klopp.
Namun dia menyatakan bahawa, setiap era itu pasti akan berakhir. Dan Ten Hag sudah sedia untuk cuba menamatkan dominasi dua pengurus itu.
Ten Hag berkata: “Pada masa ini, saya mengagumi kedua-dua mereka.”
“Mereka bermain bola sepak yang hebat, kedua-dua Liverpool dan Man City. Tetapi kita semua selalu melihat sebelum ini bahawa setiap era akan berakhir dan saya tidak sabar untuk menentang mereka.”
Ten Hag insists the Guardiola-Klopp duopoly can end with them still in situ, despite #mufc finishing 35 points behind the champions https://t.co/WLyBmBXxlO
— Samuel Luckhurst (@samuelluckhurst) May 23, 2022
Ten Hag yakin, bukan beliau sahaja yang kepingin mahu menamatkan dominasi dua pengurus itu, tetapi pegurus dan pasukan lain dalam EPL pun sama.
“Saya percaya semua kelab dalam Liga Perdana Inggeris mahu melakukannya [menamatkan era penguasaan Guardiola dan Klopp],” kata Ten Hag.
Erik Ten Hag talking about ending the Klopp + Guardiola era at Manchester United pic.twitter.com/cMYQoE0clr
— MC (@UtdMicah) May 23, 2022
Ten Hag menjelaskan bahawa, untuk bersaing dan mencabar Klopp dan Guardiola di EPL bukanlah satu risiko. Tetapi ianya satu cabaran yang menarik.
“Saya tidak melihatnya sebagai satu risiko. Kelab ini mempunyai sejarah yang hebat dan sekarang mari kita membina masa depan. Ia akan menjadi menarik untuk melakukannya.”
Seterusnya Erik Ten Hag mengakui dia ada tugasan berat untuk memperbaiki bilik persalinan Manchester United. Ini kerana bilik persalinan United dilanda dengan pelbagai isu. Paling penting baginya adalah, semua orang harus bersatu.
Beliau turut mengingatkan bahawa, dia adalah pengurus yang akan meletakkan permintaan yang sangat tinggi daripada para pemainnya.
“Di mana-mana saya berada dalam kerjaya saya, saya mempunyai permintaan yang tinggi terhadap pemain saya. Saya mengharapkan mereka berjuang dan memberi 100 peratus. Hanya yang baik sahaja [tidak] cukup baik. Kami perlu melakukan yang lebih baik dan mereka perlu memberi kerjasama. ”
“Mereka perlu bersatu, membentuk pasukan, dan melawan lawan.”
Erik ten Hag: I can break Pep Guardiola and Jurgen Klopp's stranglehold on English football / @TelegraphDucker reports from the new Manchester United manager's first press conference with the club #MUFC https://t.co/zYwMFPYnTg
— Telegraph Football (@TeleFootball) May 23, 2022