Ten Hag Tak Tolak Kemungkinan Keraian Douglas Luiz Punca Man United Menang

Douglas Luiz poasti menyesal selepas dia menari di depan Onana sebaik sahaja menjaringkan gol penyamaan untuk Aston Villa.

Villa menelan satu lagi kekalahan setelah pada satu ketika mereka bersaing untuk tempat teratas EPL.

Rasmus Hojlund menerusksn rentak jaringannya dengan gol pembukaan untuk Manchester United  pada awal separuh masa pertama.

Hojlund yang memulakan musim dengana agak sukar di United, kini perlahan lahan mulai menemui rentak jaringannya.

Pemain itu mengambil masa untuk mendapatkan rentaknya, kerana banyak faktor. Antaranya faktor kecederaan. Dia tiba di United dan terus menjalani pemulihan daripada kecederaan.

Man United beraksi baik sekali pada awal perlawanan ini.

Namun satu adegan menarik berlaku pada pertengahan babak kedua, Douglas Luiz menyamakan kedudukan. Dengan menari ala Bollywood di depan Onana.

Tindakan itu dipercayai telah membuatkan beberapa pemain United berang dengan Douglas Luiz yang dianggap biadap.

Douglas Luiz meneruskan lagi rentak kecemerlangannya di bawah bimbingan Unai Emery musim ini. Terutama sekali di Villa Park.

Malangnya, yang ‘menari’ pada akhir perlawanan adalah Man United. Dengan gol kemenangan lewat oleh Scott McTominay.

Pengendali United, Erik Ten Hag tidak menolak kemungkinan bahawa keraian menganjing Douglas Luiz telah menyemarakkan api kebangkitan Man United. Yang kini semakin menghampiri 4 teratas.

Bekas pemain Man United, Rio Ferdinand mengejek kembali Douglas Luiz dengan kapsyen: ‘Kau ok?”

Penyokong Man United turut mengingatkan Douglas Luiz agar dia tidak lupa apa yang berlaku kepada Alan Pardew selepas dia menari nari meraikan gol ke atas United pada aksi final Piala FA beberapa tahun lalu.

Ten Hag lebih diplomatik ke atas keraian Luiz. Namun dia tidak menolak hakikatnya keraian seperti itu telah mencabar pemain pemainnya.

“Saya tak ada pandangan sangat tentang keraian itu. Saya tak bercakap lagi dengan para pemain saya. Mungkin keraian itu menyemarakkan api. Saya tak tau la nohh.”

“Benda tu tak penting pada pandangan saya. Paling penting diri kami sendiri. Kami harus memikirkan corak permainan kami bukannya tentang lawan kami,” kata Ten Hag yang agak tak berpuas hati United tidak dapat membunuh perlawanan lebih awal.

Saksikan rangkuman aksi di sini:

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah