Ten Hag: “Tanpa Casemiro Pun Kami Boleh Menang Lawan Arsenal Sebelum Ini”

Pengurus Manchester United, Ten Hag mempertahankan tindakannya untuk menurunkan Casemiro dalam aksi menentang Crystal Palace.

Di mana Man United mencatatkan keputusan seri 1-1 di gelanggang Crystal Palace pada hari Rabu.

Casemiro menerima kad kuning yang menghalangnya daripada pertembungan Ahad dengan Arsenal.

Casemiro akan menjalani penggantungan satu perlawanan berikutan kad kuning kelimanya musim ini, kerana mengasari pemain Palace, Wilfried Zaha pada minit ke-80.

United kelihatan bersedia untuk naik ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris selepas Bruno Fernandes merembat masuk gol pembukaan lewat separuh masa pertama.

Tetapi sepakan percuma Michael Olise pada masa kecederaan menafikan kemenangan pasukan pelawat.

Kad kuning Casemiro adalah tamparan hebat kepada United yang kekal di tangga ketiga ketika mereka bersiap sedia untuk menentang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal, yang berada lapan mata di depan anak buah Ten Hag.

Tetapi pengurus United itu berkata tidak mungkin dia boleh merehatkan Casemiro ketika menentang Palace hanya kerana risau dengan kad kuning yang mungkin akan diterima pemain itu dan menghalangnya daripada beraksi menentang Arsenal.

Bagi Ten Hag, aksi menentang Palace juga penting. Jadi dia menurunkan pemain terbaiknya di setiap posisi.

“Perlawanan ini penting. Setiap perlawanan adalah penting,” kata Ten Hag selepas rentetan kemenangan sembilan perlawanan United berakhir.

“Setiap perlawanan dalam Liga Perdana adalah perlawanan terbaik. Casemiro jelas merupakan pemain yang sangat penting untuk kami, dan dia adalah salah satu sebab kami berada dalam kedudukan seperti sekarang. Itu keran Casemiro.”

“Tetapi kali terakhir kami menewaskan Arsenal, kami beraksi tanpa Casemiro, jadi kali ini kita harus melakukan perkara yang sama.”

“Kami mempunyai skuad, kami perlu mengisi jurang itu dan membuat perancangan yang betul dan skuad itu perlu mengisinya dan memastikan ada pasukan. Kami sudah menunjukkan cara untuk mengalahkan Arsenal.”

Casemiro masuk sebagai pemain gantian lewat dalam kemenangan 3-1 United ke atas The Gunners pada September, dengan dua gol Marcus Rashford dan gol Antony membuat perbezaan di Old Trafford.

Baca yang lain