Ten Hag Terbang Sendiri Ke Portugal Untuk Hijack Nunez Daripada Liverpool

Pengurus Manchester United yang baharu Erik Ten Hag menunjukkan kesungguhannya untuk mendapatkan Darwin Nunez dengan terbang sendiri ke Portugal.

Ini selepas Liverpool dilaporkan sudah berunding dengan Benfica untuk mendapatkan penyerang berusia 22 tahun itu.

Pedro Sepulveda melaporkan bagawa Ten Hag mengadakan pertemuan dengan ejen kepada Darwin Nunez iaitu Jorge Mendes.

Dia yakin akan dapat duduk semeja dan berunding dengan Mendes untuk memujuk pemain itu menyertai Man United walaupun Nunez sebelum ini menyatakan dia mahu bermain di UCL.

Nampaknya pertarungan untuk mendapatkan Nunez kini tertumpu kepada Liverpool dan Man United. Walaupun sebelum ini Atletico Madrid turut dikatakan berminat dengan pemain tersebut.

Liverpool dilaporkan sedia menawarkan kontrak 5 tahun kepada pemain itu.

Liverpool turut dijangka akan menyediakan sektitar EUR80 juta untuk membeli Nunez dengan bonus tambahan EUR20 juta akan dibayar kemudian.

Benfica masih terbuka mendengar tawaran mana mana kelab untuk pemain tersebut. Fabrizio Romano melaporkan bahawa Man United memang tidak mahu mengalah untuk mendapatkan pemain yang menjadi sasaran utama Erik Ten Hag untuk mengisi posisi serangan pasukannya.

Manchester United sedia menawarkan pakej gaji yang lebih besar daripada Liverpool dalam usaha meyakinkan pemain itu bahawa dia adalah pemain penting dalam projek mereka di Old Trafford.

Selain daripada Nunez, Man United dijangka akan melalui jendela perpindahan yang sibuk bermula minggu ini.

Mereka masih berusaha untuk mendapatkan Frenkie De Jong dan Pau Torres juga masih panas dikaitkan dengan United.

 

Baca yang lain