Ten Hag Terus Kekal Di United!

Erik Ten Hag akan terus kekal di Manchester United selepas beberapa siri perbincangan antara Ten Hag dan pemilik kelab, terutama sekali dengan pihak INEOS.

Sir Jim Ratcliffe mewakili INEOS terlibat aktif dalam isu ini. Sebelum ini SJR dilaporkan sudah memutuskan untuk memecat Ten Hag walaupun mereka menang Piala FA sekalipun. Keputusan tentang masa depan Ten Hag dibuat sebelum Piala FA lagi.

Hal ini kerana United menamatkan liga di tangga kelapan. Ianya penamat terburuk United dalam era Premier League.

Thomas Tuchel, Graham Potter, Kieran McKenna, Pochettino dan Gareth Southgate antara nama yang dikaitkan dengan Man United sebelum ini.

Namun kini, INEOS mengubah pendirian dan akhirnya memutuskan agar Ten Hag terus diberikan kepercayaan di Old Trafford.

Kejayaan memenangi Piala FA telah menjadi faktor penting yang menyelamatkan karier Ten Hag di United. Dengan satu penilaian prestasi segera dibuat ke atas Ten Hag setelah dia berjaya membantu United memenangi Piala FA dengan menewaskan Manchester City di final.

Bukan itu sahaja, Ten Hag dan United malah sedang berbincang tentang kontrak baharu. Yang akan membolehkan pengurus itu kekal lebih lama dengan Manchester United.

Berita ini disambut baik peminat Man United yang menyokong Ten Hag untuk terus kekal. Hal ini kerana pengurus itu dianggap pilihan terbaik untuk membimbing kelab itu pada masa ini.

Beberapa pemain muda termasuk Alejandro Garnacho dan Kobe Mainoo antara pemain yang meningkat naik dengan mendadak musim lalu di bawah kendalian ETH.