Ten Hag Terus Rehatkan Sancho Dan Bagi Dia Amaran

Erik Ten Hag mengesahkan bahawa Jadon Sancho akan terus direhatkan daripada tugasan minggu ini menentang Burnley.

Ditanya sama ada pemain itu ada peluang kembali semula ke dalam pasukan, Ten Hag menegaskan bahawa dia membuka pintu kepada semua pemain dan terpulang kepada mereka untuk membuktikan bahawa mereka benar benar mahu bermain dan layak bermain.

Jadon Sancho sebelum ini membidas kritikan Ten Hag secara terbuka ke atasnya. Di mana Ten Hang menganggap Sancho tidak mencapai standard ditetapkan kelab ketika berlatih.

Itulah punca kenapa pemain itu disisihkan daripada skuad menentang Arsenal.

Sancho yang kepanasan mendengar perkara itu telah menuduh Ten Hag menipu dan saja menjadikannya kambing hitam untuk menutup kekalahan menentang Arsenal.

Kenyataan Sancho itu benar benar mengejutkan apabila Sancho membayangkan dia sudah lama menjadi kambing Hitam Ten Hag sambil pemain itu menyatakan ada sebab lain kenapa tidak diturunkan.

Sancho menegaskan bahawa dia tak boleh mendedahkannya pada masa ini.

Kenyataan Jadon Sancho itu menimbulkan banyak spekulasi. Ternyata pemain itu tak gembira kehilangan tempat di dalam skuad utama.

Selain itu terdapat juga laporan menyebut bahawa Sancho merasakan dia tak dilayan adil selama ini berbanding Antony.

United kemudian mengambil tindakan merehatkan pemain itu dan dia digantung daripada tugasan atau latihan dengan skuad utama.
Kelab meminta Sancho mengeluarkan kenyataan maaf terbuka kepada Ten Hang. Pemain itu memadamkan tweetnya dan ramai awalnya menyangkakan isu itu selesai. Ternyata belum!

Sancho enggan meminta maaf dan hukuman ke atasnya dikekalkan. Dia turut menolak perpindahan ke Arab Saudi pada deadline day lalu.

Dia diasingkan daripada pemain lain. Dan kini United mahu bangkit selepas kekalahan di tangan Bayern pada aksi UCL.

Ten Hag pastinya tahu dia akan ditanya tentang isu Sancho sekali lagi. Ten Hag sudah memberikan amaran bahawa masa depan pemain itu bergantung kepada dia sendiri.

Erik Ten Hag tenang berkata: “Jadon Sancho tidak akan berada dalam skuad kami esok.”

“[Sama ada dia masih ada masa depan di dalam skuad ini] ianya terpulang kepada dia sendiri.”

“Pemain yang lain sedang bersiap sedia untuk beraksi menentang Burnley, keran itulah fokus kita pada masa ini.”

Masa depan Sancho kini bergantung kepada dirinya sendiri. Sebelum ini dia menolak untuk meminta maaf. Laporan MEN menyebut sebelum ini, bahawa Sancho akan dijual seawal Januari akan datang jika terus ego tak nak minta maaf.